Polis kesan sindiket penipuan sasar warga emas

Shopee Sale

Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengesan sindiket penipuan yang menyasarkan warga emas dengan menawarkan pekerjaan sambilan dalam talian sebagai ejen tempahan hotel, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Ramli Mohamed Yoosuf.

Katanya PDRM mengesan aktiviti sindiket itu yang menawarkan pekerjaan melalui aplikasi WhatsApp menerusi mesej Job For Senior atau Job For Old Timer.

"Mangsa yang berminat diminta membuka akaun di laman sesawang lynxoasis.com dan menyelesaikan 'tugasan' tempahan hotel dengan menggunakan wang mangsa terlebih dahulu dengan jaminan akan dipulangkan semula beserta komisen enam hingga 10 peratus bergantung tugasan diselesaikan.

"Melalui laman sesawang itu mangsa akan dapat melihat wang komisen mereka meningkat, namun apabila ingin mengeluarkan wang, sindiket akan mengenakan pelbagai bayaran tambahan sekali gus mengakibatkan kerugian lebih besar kepada mangsa," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Ramli berkata setakat ini PDRM menerima 21 laporan polis membabitkan kes penipuan sebegitu melibatkan kerugian RM752,100.

Dalam kes berasingan, Ramli berkata polis menumpaskan sindiket penipuan pelaburan industri kecil dan sederhana (IKS) Sabah dengan penahanan 18 individu dalam serbuan berasingan di beberapa negeri pada 4 dan 5 Mei lalu.

Katanya mereka terdiri daripada 12 lelaki dan enam wanita warga tempatan berusia antara 30 hingga 71 tahun. Mereka ditahan dalam operasi dijalankan di sekitar Sabah, Perak dan Selangor.

Berdasarkan siasatan, kata Ramli, sindiket tersebut dipercayai beroperasi sejak 2019 dengan menawarkan pelaburan kononnya berkaitan IKS Sabah.

“Sindiket ini juga menggunakan nama Jabatan Perdana Menteri untuk meyakinkan mangsa bahawa pelaburan adalah sah dan menggunakan aplikasi WhatsApp sebagai medium berkomunikasi selain perjumpaan bersemuka yang turut dilakukan dengan mangsa.

“Sindiket ini menawarkan pulangan yang tinggi dalam bentuk hibah antaranya melalui pelaburan RM1,000, pelabur dijanjikan keuntungan RM200,000 dalam tempoh tiga bulan," katanya.

MENARIK:  Lokman setuju mohon maaf pada KJ kes saman fitnah

Ramli berkata mereka yang ditahan dipercayai berperananan selaku dalang, moderator dan keldai akaun yang digunakan oleh sindiket penipuan terbabit.

Dia berkata mangsa yang terpedaya telah mendepositkan wang melalui pindahan ke beberapa akaun keldai milik syarikat dan perniagaan namun tidak menerima sebarang keuntungan seperti dijanjikan.

Katanya setakat ini polis menerima 15 laporan membabitkan kerugian keseluruhan RM2.98 juta berkaitan kes tersebut.

Ramli berkata 28 kad debit pelbagai bank, 24 unit telefon bimbit pelbagai jenama, dua komputer riba dan sebuah tablet dirampas dan 15 akaun bank dengan nilai keseluruhan RM69,796.90 turut disita di bawah Seksyen 50(1) AMLATFPUAA 2001.

Penyitaan di bawah Seksyen 45(2) AMLATFPUAA 2001 juga dibuat terhadap sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux dianggarkan bernilai RM75,000 selain membeku 38 akaun bank (RM108,131.93) di bawah Seksyen 44(1) AMLATFPUAA 2001.

"Semua individu yang ditahan sedang disambung reman masing-masing sehingga hari ini, esok dan lusa. Siasatan lanjut di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan sedang dijalankan,” katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular