Polis nafi lambat bertindak siasat kes Zayn Rayyan

Shopee Sale

Polis menafikan lambat bertindak dalam menyiasat kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan sebaliknya menegaskan pihaknya telah bertungkus lumus mengesan Zayn Rayyan sejak hari pertama dilaporkan hilang sehingga membawa kepada penemuan mayat kanak-kanak malang berkenaan dan semua pihak boleh menilai usaha yang dilakukan sepanjang siasatan.

"Sejak hari pertama laporan diterima, semua pihak bertungkus lumus, polis sudah buat yang terbaik, malah kita secara terbuka memaklumkan perkembangan siasatan serta menyeru pihak yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya hari ini.

Mengulas lanjut siasatan kes berkenaan, Hussein berkata pihaknya telah melihat dari pelbagai sudut termasuk teknikal untuk mengesan suspek pembunuhan anak sulung kepada pasangan Ismanira Abdul Manaf dan Zaim Ikhwan itu.

Beliau berkata antaranya melibatkan alamat protokol Internet yang dikesan di lokasi penemuan mayat serta cap jari dan asid deoksiribonukleik (DNA) yang dihantar ke Polis Antarabangsa (Interpol), namun masih tidak dapat membantu memberikan bukti jelas suspek yang terlibat dalam pembunuh itu.

Pada 6 Dis lepas mayat Zayn Rayyan,6, ditemukan dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman Damansara Damai dekat sini selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.

MENARIK:  Anwar hulur sumbangan pada 57 'otai reformis'

Bedah siasat mendapati kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila menemukan kesan kecederaan pada leher serta badannya akibat mempertahankan diri dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pelbagai usaha mengesan pelaku jenayah berkenaan telah dilakukan, bagaimanapun sehingga kini pembunuh Zayn Rayyan masih belum berjaya dikesan.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular