Polis nafi pihak berkuasa bakar rumah setinggan di Inanam

Shopee Sale

Polis menafikan dakwaan dalam video yang tular di media sosial kononnya pihak berkuasa bertindak membakar rumah setinggan bersebelahan Kampung Kalansanan, Inanam di Kota Kinabalu, Sabah hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Kasim Muda berkata kejadian yang menyebabkan 26 rumah setinggan hangus terbakar itu dipercayai berpunca daripada kejadian litar pintas di sebuah rumah menyebabkan rumah itu terbakar sebelum kebakaran itu merebak ke kawasan rumah lain.

Katanya litar pintas itu juga dipercayai berpunca kerana rumah pertama yang terbakar itu dijadikan satu-satunya punca untuk kabel bekalan elektrik sebelum kabel bekalan itu disambung ke rumah lain.

“Ketika itu polis berada antara 50 hingga 60 meter dari lokasi berkenaan. Polis berada di belakang kawasan itu dan polis tidak terlibat di bahagian depan (kawasan punca kebakaran) dan kebakaran itu tidak ada kena mengena dengan kawasan operasi," katanya dalam kenyataan di hari ini.

Kasim berkata polis juga memberikan penerangan kepada penduduk bahawa pihak berkuasa tidak hadir ke kawasan itu bagi membakar rumah setinggan, sebaliknya mengadakan operasi membanteras pendatang haram dan jenayah.

Dia berkata polis telah membuat panggilan kecemasan melaporkan kejadian itu sebelum bomba tiba pada jam 12.59 tengah hari untuk memadam kebakaran.

Justeru dia meminta pihak terlibat supaya memadam video tular yang megelirukan orang ramai itu dan menasihatkan semua pihak supaya berhati-hari dalam berkongsi maklumat yang tidak dipastikan kesahihannya.

MENARIK:  KOMENTAR | 'Apa beza kunjungan saya ke Malaysia, Indonesia?'

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sabah berkata 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dan 12 anggota dari BBP Kota Kinabalu telah berjaya mengawal kebakaran itu pada jam dua petang.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian masih dalam siasatan. Pasukan penyiasat masih dilokasi dan mengalami sedikit kelewatan kerana masih terdapat wayar-wayar elektrik yang disambung secara haram," katanya dalam kenyataan berasingan.

Dia berkata atas faktor keselamatan, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menasihatkan supaya anggota berhati-hati kerana terlalu banyak penyambungan eletrik haram di lokasi kejadian.

-Bernama

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular