Polis periksa 18,000 pasang stoking, jumpa 5 yang dipulangkan

Shopee Sale

Polis memeriksa 18 pasang stoking daripada enam bungkusan besar di sebuah kilang di Batu Pahat, Johor, susulan kontroversi penjualan stoking tertera kalimah Allah.

Pemeriksaan itu dibuat setelah kilang itu didakwa sebagai pengeluar stoking yang dijual di KK Mart di Sunway, Selangor itu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata mereka menjumpai lima pasang stoking yang mempunyai cetakan kalimah Allah, lapor Utusan Malaysia.

Bagaimanapun, katanya, ia merupakan stoking yang dipulangkan daripada kedai di Sunway, Selangor. 

“Siasatan mendapati kilang ini tidak membuat sebarang jenama stoking, namun hanya mengeluarkan pelbagai jenis selipar. 

“Stoking yang dijumpai adalah barang diimport dari negara China dan ia adalah sebahagian daripada produk ditempah dari negara berkenaan,” dia dipetik sebagai berkata kepada pemberita.

Menurut Ismail, siasatan mendapati kilang itu hanya membungkus dan mengedarkan stoking yang ditempah dari China.

Katanya, hanya tiga kedai yang menjual stoking berkenaan dan semuanya di Sunway, Selangor. 

Naikkan permohonan maaf? KK Mart tunggu nasihat dulu

Sementara itu, KK Mart pula yang terus berdepan tekanan susulan kontroversi itu berkata akan menunggu nasihat pihak berkuasa dahulu sebelum memulakan sebarang tindakan, termasuk menaikkan kain rentang mohon maaf.

Anggota lembaga penasihatnya Muhammad Haikal Daniel Khairal Abidin berkata langkah itu diambil memandangkan isu jualan stoking bertulis kalimah Allah itu sedang disiasat polis.

MENARIK:  Pembenihan awan: Beberapa faktor akan diteliti - Nik Nazmi

“Kami cuba dapatkan nasihat pertama sekali daripada pihak berkuasa, sebab perkara ini sedang dalam siasatan,” dia dipetik sebagai berkata kepada MalaysiaGazette.

Terdahulu Pemuda Umno terus menyatakan kemarahan mereka dengan menuntut semua 881 cawangan kedai serbaneka itu memasang kain rentang mohon maaf serta diheret ke mahkamah.

Sementara itu, ditanya sama sama ada mereka diugut susulan kontroversi itu, Haikal berkata:

 “Alhamdulillah tidak ada setakat ini.”

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular