Polis selamatkan dua remaja mangsa eksploitasi, tahan 17 Pati

Shopee Sale

Polis hari ini menahan 17 pendatang tanpa izin dan menyelamatkan dua remaja yang disyaki dieksploitasi sebagai buruh paksa di sebuah kilang memproses komponen elektrik di Teluk Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) D3 Bukit Aman SAC Soffian Santong berkata kedua-dua remaja warga Myanmar berumur 17 tahun itu diselamatkan oleh sepasukan anggota polis dalam serbuan pada 12.45 tengah hari.

Beliau berkata pendatang tanpa izin yang ditahan ialah warga China, Myanmar dan Bangladesh.

“Siasatan mendapati kilang yang tidak mempunyai lesen perniagaan itu beroperasi kira-kira setahun setengah dengan membayar gaji kepada mangsa sebanyak RM1,200 hingga RM1,300 sebulan.

“Pergerakan mangsa juga dikawal dan perlu bekerja enam hari seminggu dari 8 pagi hingga 9 malam serta tidak dibenarkan keluar dari premis tersebut,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Soffian berkata mangsa dan pendatang tanpa izin yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat untuk tindakan lanjut.

MENARIK:  Warga Thai sangkut dengan 14k pil syabu di Terminal Feri Langkawi 

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta ATIPSOM 2007, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 39(B) Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular