Polis selamatkan empat warga India mangsa pemerdagangan

Shopee Sale

Polis menyelamatkan empat wanita warga India dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan manusia untuk tujuan eksploitasi seks dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Larkin, di Johor Bahru petang semalam.

Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata dalam serbuan kira-kira 2.15 petang itu, polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun dan seorang wanita warga India berusia 36 tahun dipercayai berperananan sebagai pengurus rumah persundalan dan ‘transporter’ atau pengangkut.

"Siasatan awal mendapati kesemua mangsa yang berusia antara 24 hingga 39 tahun datang ke Malaysia dengan ditawarkan kerja dalam bidang teknologi maklumat dan sebagai pembantu rumah.

"Namun setibanya di negara ini, mangsa telah dikurung dan dipaksa menjadi pelacur dengan bayaran RM2,300 sebulan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata hasil saringan air kencing menunjukkan lelaki berkenaan positif dadah jenis Methamphetamine.

Menurut Kumar kedua-duanya direman seminggu hingga Jumaat depan manakala perintah perlindungan sementara bagi kesemua mangsa dibenarkan selama 21 hari bermula hari ini hingga 5 April depan.

MENARIK:  Konflik Iran-Israel: K'jaan pantau pasaran kewangan, kesan ke atas Malaysia

Kes disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 serta Seksyen 55 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular