Polis selamatkan remaja OKU dari jadi mangsa buruh paksa

Shopee Sale

Polis menyelamatkan seorang remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) daripada menjadi mangsa eksploitasi buruh paksa di sebuah rumah di Negeri Sembilan semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supt Amran Mohd Gani berkata remaja berusia 14 tahun itu diselamatkan pada 5.30 petang dan susulan itu, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah menahan dua lelaki bagi membantu siasatan.

"Seorang daripada lelaki itu dipercayai bertindak mengawal remaja terbabit ketika mengumpul barangan lusuh di rumah itu manakala seorang lagi dipercayai menggaji mangsa.

"Remaja terbabit dibawa ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kedua-dua lelaki berusia 23 dan 27 tahun itu direman seminggu bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 manakala remaja berkenaan ditempatkan di rumah perlindungan.

MENARIK:  Kertas siasatan kes Beng Hock diserah pada AGC

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular