Polis selamatkan remaja usia 15 tahun dilarikan lelaki warga China

Shopee Sale

Polis Johor menahan seorang lelaki warga China dan berjaya menyelamatkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dipercayai dilarikannya, di Kuantan, Pahang, semalam.

Ketua Polis Johor Datuk M Kumar berkata polis menerima laporan daripada bapa remaja itu yang juga warga China berusia 48 tahun, mengenai kehilangan anaknya selepas tidak hadir ke sekolah di Singapura Isnin lepas, dipercayai dilarikan individu tidak dikenali.

Beliau berkata semakan mendapati remaja itu dibawa masuk ke Malaysia melalui pintu masuk Woodland, Singapura, Ahad lepas.

“Melalui risikan, semalam anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor telah membuat serbuan dan berjaya menyelamatkan remaja itu di Kuantan, Pahang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ketua Polis Johor M Kumar.

Beliau berkata polis menahan suspek berumur 22 tahun itu di lokasi berkenaan bagi membantu siasatan, dan merampas pelbagai barangan termasuk telefon bimbit, pakaian dan peralatan yang dipercayai digunakan ketika remaja itu dilarikan.

Kumar berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792), Seksyen 48(2) Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) dan Seksyen 361 Kanun Keseksaan (Akta 574).

MENARIK:  Ringgit naik berbanding dolar AS dalam dagangan awal

“Permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah terhadap suspek dibenarkan oleh majistret selama tujuh hari bermula hari ini hingga 2 Dis depan dan motif kejadian masih disiasat.

“Justeru, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau komen yang boleh mengganggu proses siasatan," katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular