Polis siasat khatib kupas isu beri kewarganegaraan pada rakyat China

Shopee Sale

Polis telah menerima laporan berhubung tindakan seorang khatib sebuah masjid di Padang Serai yang dikatakan mengupas isu pemberian kewarganegaraan kepada rakyat China, ketika menyampaikan khutbah Jumaat, semalam.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata perkara itu yang dilihat sebagai penyalahgunaan pentas khutbah dan mencemarkan institusi masjid akan disiasat oleh Pasukan Khas 3R Bukit Aman.

“Saya telah pun menerima aduan awal semalam, Jumaat, di satu masjid di dalam kawasan Parlimen Padang Serai yang khutbah Jumaatnya antara lain menyentuh tentang pemberian warganegara kepada rakyat China yang jumlahnya lebih satu juta.

“Walaupun saya sudah jelaskan…malah disangkal oleh Menteri Dalam Negeri sebelum saya iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Hamzah Zainudin, walaupun sudah dibetulkan fakta itu, sudah diberi keterangan tapi ternyata fitnah itu masih terus lagi menyemarak dan yang paling malang apabila institusi masjid dijadikan sebagai pentas,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sua Mesra Kementerian Dalam Negeri di Sekolah Kebangsaan Ladang Dublin, Karangan di Kulim hari ini.

Saifuddin Nasution berkata pihaknya kesal dengan perkara itu dan menjelaskan pentas khubah serta institusi masjid, seharusnya berperananan untuk menyampaikan pesanan bertakwa, menyeru kebaikan dan menjauhi kezaliman.

Beliau berkata apabila pentas khutbah dijadikan tempat mengupas isu-isu semasa yang maklumatnya tersasar, ia sekali gus menjadi fitnah.

MENARIK:  Tutup pintu pagar balai 10 malam: Aduan, khidmat jalan macam biasa - IGP

Saifuddin Nasution juga berkata dia percaya bahawa teks asal khutbah yang disediakan pihak berkuasa agama tidak menyentuh isu tersebut, tetapi khatib berkenaan mengambil sikap sendiri untuk mengupas perkara itu.

“Saya mahu ulangi gesaan, nasihat supaya institusi masjid terutama pimpinan masjid daripada membenarkan para khatib terutama solat Jumaat daripada membenarkan guna platform khutbah itu untuk sampaikan bahan-bahan yang jauh terpesong,” katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular