Polis siasat Teo kerana dakwa sekolah Cina semai perkauman

Shopee Sale

PARLIMEN | Kertas siasatan telah dibuka terhadap ahli akademik Teo Kok Seong berhubung dakwaan sekolah Cina menyemai perkauman.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail hari ini mengesahkan profesor itu disiasat mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kertas siasatan baru saja dibuka di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia. Jadi ada ya (kertas siasatan dibuka). Saya akan kemas kini dari semasa ke semasa," katanya di Dewan Rakyat petang ini.

Seksyen 505 Kanun Keseksaan menjenayahkan penyebaran berita palsu dengan niat untuk menimbulkan ketakutan orang ramai, yang boleh dihukum penjara sehingga dua tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.

Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia menetapkan kesalahan menggunakan kemudahan rangkaian untuk menghantar komunikasi yang disifatkan sebagai menyinggung perasaan atau boleh menyebabkan kegusaran kepada orang lain, yang boleh dihukum penjara sehingga setahun, denda sehingga RM50,000, atau kedua-duanya. .

Dalam video TikTok yang disiarkan oleh Merdeka Times, Teo mendakwa sekolah vernakular boleh menghalang perpaduan negara kerana pelajar Cina yang kurang cerdik hanya boleh menguasai bahasa Mandarin, menghalang komunikasi dengan kaum lain.

“Mereka enggan berintegrasi, mereka hanya mempelajari asas bahasa Melayu untuk lulus peperiksaan tetapi menolak untuk melakukan lebih daripada itu,” dakwanya.

MENARIK:  Jumlah korban di Palestin cecah 31,726 orang

Isnin lalu, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok menggesa polis menyiasat Teo.

Dalam perbahasan titah diraja di Parlimen, Kok mengecam "kenyataan perkauman dan putar belit" Teo yang didakwanya memesongkan hubungan antara masyarakat Melayu dan Cina.

Selasa lalu, Teo mempertahankan dakwaannya, dengan memberitahu Malaysiakini bahawa Kok "dalam penafian" berhubung realiti masyarakat Cina Malaysia.

Teo yang terlibat dalam penggubalan Pelan Pembangunan Pendidikan Kebangsaan 2013-2025 mendakwa, orang Melayu dan India pun menyedari sentimen ini dalam kalangan masyarakat Cina.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular