Polis tahan lelaki disyaki abai kanak-kanak

Shopee Sale

Polis menahan seorang lelaki tempatan di sebuah rumah di Bandar Sunggala, Port Dickson dekat Seremban bagi membantu siasatan membabitkan kes pengabaian seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata pihaknya menerima laporan daripada Hospital Port Dickson, Ahad lepas yang memaklumkan mangsa berada dalam keadaan kritikal akibat terjatuh daripada kenderaan.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 15 Mac lepas kira-kira 8.30 malam ketika suspek yang dipercayai teman lelaki kepada ibu mangsa berusia 38 tahun itu ingin membuka pintu van semasa berhenti di sebuah kedai, dalam perjalanan dari Taman Anggerik ke Taman Mayung, Telok Kemang.

“Ekoran daripada kejadian tersebut, kanak-kanak terbabit mengalami kecederaan lebam di beberapa bahagian anggota badan dan mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar di sini pada jam 6.04 petang (26 Mac),” katanya dalam kenyataan di Seremban malam tadi.

Aidi Sham berkata hasil semakan rekod lampau terhadap lelaki terbabit mendapati dia mempunyai tiga rekod jenayah manakala ujian saringan air kencing adalah negatif.

MENARIK:  Akaun Facebook Pusat Khidmat DUN Kijang kena godam

Beliau berkata suspek direman selama enam hari sehingga 1 April ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular