Polis tahan lelaki serang bekas teman wanita di pasar raya

Shopee Sale

Polis menahan seorang lelaki kerana dipercayai menyerang bekas teman wanitanya dengan pisau di sebuah pasar raya di Bagan Ajam, Butterworth pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Anuar Abdul Rahman berkata dalam kejadian pada 8.45 malam itu, mangsa mengalami kecederaan pada jari kelingking kanan semasa bergelut.

"Suspek yang berusia 30-an itu berjaya ditangkap oleh orang ramai yang berada di lokasi sebelum anggota polis menahannya," kata Anuar dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 dan 506 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 74 saat yang memaparkan seorang lelaki mengacukan pisau ke arah seorang wanita, manakala orang ramai yang berada di situ cuba menenangkan keadaan.

Lelaki terbabit kemudian berjaya ditahan.

MENARIK:  Malik Dasthigeer lapor polis dikait dengan 'raja dadah' India

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular