Polis tembak mati tiga anggota Geng Centro

Shopee Sale

Polis Pahang berjaya menumpaskan kumpulan penjenayah dikenali sebagai Geng Centro selepas tiga anggotanya mati dalam kejadian berbalas tembakan di kilometer 17, Jalan Pekan-Kuantan, Pahang, lewat malam tadi.

Kejayaan itu hasil kerjasama pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Selangor dan Pahang yang melakukan risikan terhadap kumpulan itu sejak Jun tahun lalu.

Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman berkata, geng penjenayah itu dipercayai terbabit dalam enam kes samun dan pecah masuk kedai emas di empat negeri, membabitkan jumlah kerugian keseluruhan melebihi RM4 juta.

"Sekitar jam 11.30 malam tadi, pegawai dan anggota kita mengesan kereta jenis Proton Waja dinaiki tiga suspek dalam keadaan mencurigakan di kawasan perumahan dekat bandar Pekan.

"Pasukan polis kemudiannya memperkenalkan diri bagi tujuan melakukan pemeriksaan terhadap suspek, namun mereka (suspek) memecut kenderaan menghala ke Kuantan.

"Ketika tiba di kilometer 17 Jalan Pekan - Kuantan, dekat Ubai, suspek menghimpit dan melanggar bahagian belakang kenderaan dinaiki anggota kita.

"Semasa pasukan polis cuba menghampiri kereta dinaiki suspek, seorang daripadanya melepaskan beberapa das tembakan mengakibatkan pegawai dan anggota kita terpaksa membalas tembakan itu," katanya pada sidang media di Kuantan, Pahang, hari ini.

Yahaya memberitahu, ketiga-tiga suspek berusia antara 34 hingga 44 tahun adalah warga asing - seorang Bangladesh dan dua Vietnam - dan maut dalam kejadian berbalas tembakan itu.

Katanya, suspek warga Bangladesh memiliki lesen memandu yang sah dan dipercayai sudah lama menetap di Malaysia.

"Kereta digunakan kumpulan itu juga milik suspek warga Bangladesh.

"Dua lagi suspek warga Vietnam sering keluar - masuk ke negara ini dan kita sedang siasat apa yang mereka buat selain menjadi penjenayah," katanya.

MENARIK:  Umno pilih calon boleh menang untuk PRK Mahkota

Yahaya memaklumkan pihaknya merampas sepucuk pistol jenis Glock 17 dan tujuh peluru, mesin pencanai, mesin menggerudi dan pelbagai lagi peralatan dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah pecah rumah dari kereta dinaiki suspek.

Dia turut tidak menolak kemungkinan masih terdapat saki-baki Geng Centro dan rakan sejenayah mereka yang lain.

"Mereka (suspek) samun kedai emas, jadi ke mana mereka jual atau lupuskan barang kemas itu? Jadi perkara ini pun kita akan tengok juga.

"Buat masa ini, kita percaya enam kes jenayah samun dan pecah masuk kedai emas selesai, susulan kematian tiga suspek ini," katanya lagi.

Kes itu membabitkan masing-masing satu kes di Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang, manakala tiga kes lagi di Perak.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular