Polis terima laporan akaun TikTok palsu guna nama Raja Muda

Shopee Sale

Polis menerima laporan berkaitan akaun TikTok yang menggunakan gambar profil dan nama Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata laporan itu dibuat Istana Selangor semalam selepas mendapati akaun TikTok tersebut bukan milik Raja Muda Selangor dan disahkan adalah palsu.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu penyebaran berita palsu yang menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam atau kepada mana-mana golongan awam dan jika disabit bersalah boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

"Siasatan turut dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali," kata dalam kenyataan hari ini.

Hussein turut menasihatI orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya membuat akaun media sosial yang melibatkan institusi diraja bagi mengelakkan individu tidak bertanggungjawab menyalahgunakan gambar dan video peribadi kerabat diraja.

MENARIK:  Takiyudin tak tuduh Anwar homoseksual tapi video diedit - PAS

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah, Asisten Superintendan Md Anuar Md Amilah@Harun di talian 0192255597 bagi membantu siasatan.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular