Polis tingkat kawalan di sempadan susulan letupan bom di Sg Golok

Shopee Sale

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bunyi tembakan yang dipercayai berlaku di kawasan Gualosira, Pasemas Daerah Sungai Golok, Wilayah Narathiwat awal hari ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata PDRM juga pada masa sama akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand.

Razarudin berkata hubungan dua hala PDRM dengan pihak berkuasa Thailand amat baik terutamanya melibatkan isu persempadanan negara.

"Keselamatan penduduk yang menetap di kawasan berhampiran sempadan negara perlu diutamakan termasuklah keselamatan anggota PDRM yang bertugas di kawasan berkenaan," katanya kepada Bernama hari ini.

Razarudin berkata semua Ketua Polis Negeri terutamanya Kelantan, Perlis, Kedah dan Perak diminta bersiap siaga berhubung insiden berkenaan.

Sementara itu, Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) SAC Sheik Azhar Sheik Omar berkata pihaknya berada dalam keadaan siap siaga termasuk melakukan rondaan jalan kaki dan bermotosikal sepanjang 16 pos statik pasukan itu.

"Pihak kami menjangkakan kejadian berkenaan berlaku di sebelah Thailand di sempadan kawasan Rantau Panjang.

"Secara proaktifnya, kami mempunyai 16 pos statik di sepanjang Sungai Golok bermula dari Pos Ibrahim Pencen hingga ke Pos Ular di Pengkalan Kubor, Tumpat," katanya.

MENARIK:  Kenapa pembinaan Pan Borneo di Sabah perlahan berbanding S'wak, soal MP

Dia berkata pasukan sekatan jalan raya turut digerakkan dengan kekuatan enam anggota yang dijalankan secara berterusan dengan pemantauan berkenaan bermula sejak enam pagi tadi secara fokus manakala tindakan selanjutnya bergantung kepada arahan Ketua Polis Negeri.

Terdahulu, tular klip video berkait insiden berkenaan selepas dimuat naik oleh penduduk tempatan menerusi laman sosial.

-Bernama

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular