Presiden persatuan Muay Thai direman dua hari

Shopee Sale

Seorang presiden sebuah persatuan Muay Thai ditahan pihak polis dan direman selama dua hari, hari ini, bagi membantu siasatan kes mendatangkan kecederaan dan ugutan jenayah, baru-baru ini.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 56 itu dikeluarkan majistret Mohamad Hafizul Awang di Mahkamah Majistret Kota Bharu.

Tahanan reman itu bagi membolehkan suspek itu disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek dikatakan menyerah diri di Balai Polis Binjai, Kita Bharu, kira-kira jam 7 pagi tadi dan ditahan sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret pada jam 9.50 pagi tadi.

Sementara itu Ketua Polis Kelantan Muhamad Zaki Harun ketika ditemui media dalam satu program Pasir Mas, hari ini, mengesahkan lelaki tersebut direman dua hari sehingga esok.

Terdahulu media melaporkan suspek tersebut merupakan salah salah seorang daripada empat individu dikehendaki pihak polis bagi membantu siasatan kes-kes jenayah di Kelantan.

Keempat-empat individu dikehendaki polis itu terdiri daripada Mohd Fared Abdul Ghani, Mohd Izani Ibrahim, 42, Mohd Haziman Hikamarhakimi, 37, dan Wan Sharilazry Wan Mohd Sukry, 35.

MENARIK:  Na'imah gagal minta pasport dikembalikan secara kekal

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular