PRK KKB: Calon bebas lancar manifesto dengan 20 tawaran

Shopee Sale

Calon Bebas Nyau Ke Xin hari ini melancarkan manifesto Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) yang mengandungi 20 tawaran.

Pelancaran manifesto berkenaan dibuat pada sidang media yang diadakan di Hulu Selangor.

Antara tawaran itu ialah memastikan jalan dan lampu jalan raya berada dalam keadaan baik, mewujudkan pengangkutan khas untuk warga emas ke hospital, mewujudkan pusat sehenti untuk pembayaran bil utiliti.

Tawaran lain ialah menawarkan khidmat van jenazah percuma, menjadikan KKB sebagai destinasi pelancongan, mewujudkan perniagaan yang dapat menjana pendapatan penduduk serta mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi pembasmian miskin tegar.

PRK KKB menyaksikan pertandingan empat penjuru melibatkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau yang bertanding menggunakan logo motosikal.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.

MENARIK:  Imigresen tarik balik perintah pengusiran terhadap ahli politik Bangladesh

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 11 Mei ini sebagai hari mengundi, manakala pengundian awal pada Selasa depan (7 Mei).

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular