PRK KKB: Sedikit kelebihan buat PH, kata Ilham Centre

Shopee Sale

Badan penyelidik Ilham Centre meramalkan Pakatan Harapan (PH) yang diwakili DAP berjaya mengekalkan kerusi DUN Kuala Kubu Bharu esok.

Dalam satu kenyataan prediksi PRK Kuala Kubu Bharu, Ilham Centre mengakui saingan sengit diberikan Perikatan Nasional (PN), namun sedikit kelebihan memihak PH.

"Dengan gabung jalin semua faktor yang dihuraikan di atas, kami merumuskan bahawa parti PH diwakili DAP mempunyai sedikit kelebihan untuk mengekalkan kawasan Kuala Kubu Baharu ini daripada jatuh ke tangan pihak lawan yang meletakkan objektif menawan 4-0 di dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor ini," katanya dalam satu kenyataan petang ini.

Menurut kajian badan itu, menjelang hari akhir kempen, majoriti responden menyifatkan PRK Kuala Kubu Bharu sebagai sengit meskipun kempen berlangsung secara tertib dan sambutan pada kempen politik yang suram.

Katanya, peratusan keluar mengundi akan menjadi faktor utama kalah menang dua calon tumpuan dalam pilihan raya kecil ini iaitu PH dan PN.

Manakala calon-calon lain dikatakan sukar mencabar.

"PRK di Kuala Kubu Bharu ini menyaksikan PAS tidak memobilisasi jentera mereka secara bersungguh-sungguh. Ini kerana pada hakikatnya, jentera PAS lah yang menjadi tunjang dan tulang belakang kepada PN. 

"Kali ini tidak nampak kelibat jentera PAS dari negeri-negeri lain selain Selangor berkubu di setiap PDM (Pusat Daerah Mengundi). Penyertaan PAS Selangor juga tidak agresif, menyumbang kepada suasana sebegini rupa.

"Prestasi tiga wakil rakyat iaitu ahli Parlimen, Adun Hulu Bernam dan Adun Batang Kali sudah menjadi pertikaian atas khidmat mereka selepas bergelar YB. Isu YB PN tidak ‘perform’ menjadi topik perbincangan pengundi di sini, tetapi kempen calon lain tidak memanfaatkan isu ini ke khalayak lebih luas," kata laporan itu lagi.

PRK Kuala Kubu Bharu ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu akibat kanser. 

PRK KKB menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PH, PN, Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan calon Bebas.

PH mempertaruhkan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pang Sock Tao bagi mempertahankan kerusi itu, dicabar pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut mewakili PN.

MENARIK:  KK Mart, politik oportunis dan 'masa gelap' Malaysia

PRM pula diwakili Hafizah Zainuddin dan Nyau Ke Xin bertanding atas tiket Bebas.

Dalam pada itu, PRK Kuala Kubu Bharu turut menyaksikan pengundi kaum India menjadi rebutan dan penentu kemenangan kepada calon bertanding.

"Isu berkait kepentingan dan kebajikan komuniti pengundi India menjadi titik fokus dan tumpuan kempen. Ini kerana walaupun berbekalkan hanya 18 peratus, dalam keadaan majoriti etnik Melayu tersudut kepada PN, majoriti etnik Cina di pihak PH, maka pola pengundian kaum ini boleh menjadi penentu atau ‘king maker’ kemenangan antara parti yang bertanding.

"Awal kempen bermula panas kerana muncul pemimpin mewakili komuniti India yang tidak bersama kerajaan muncul sama ada atas bentuk parti, badan bukan kerajaan ataupun kapasiti individu, menggesa pengundi India memboikot PRK atau mengundi calon selain calon PH sebagai isyarat protes," kata Ilham Center lagi.

Selain itu, ketiadaan kepimpinan India dalam Kabinet juga dipersoalkan dan pada minggu pertama diasak pembangkang, pengundi India seakan terkesan. 

Bagaimanapun, minggu kedua kempen menyaksikan perubahan selepas pihak kerajaan Perpaduan melakukan tawaran balas kepada penduduk di sini. 

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular