PRK Mahkota: Rapatkan saf, ini bukan hal satu parti sahaja – Nurul Izzah

Shopee Sale

PRK MAHKOTA | Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menggesa parti-parti dalam kerajaan untuk merapatkan saf, susulan tekanan oleh Timbalan Pengerusi BN Johor Nur Jazlan Mohamed kepada DAP untuk mendapatkan undi orang Cina.

Ditemui pemberita ketika acara kempen di Taman Ilham, Kluang hari ini, Nurul Izzah berkata kempen pilihan raya pihak parti kerajaan hanya boleh berjaya menerusi usaha jentera peringkat tempatan secara bersama.

“Ini bukan hal sebuah parti sahaja, tetapi saya percaya yang ini hal ehwal Malaysia yang demokrasi, untuk memastikan ini menjadi proses pilihan raya yang berjaya, untuk memastikan calon kita menang,” katanya.

Terdahulu hari ini, Nur Jazlan berkata tentera siber DAP - yang digelar sebagai “Red Bean Army” - seharusnya tidak sukar untuk memastikan pengundi Cina menyokong BN pada hari mengundi Sabtu ini.

DUN Mahkota merangkumi 54 peratus pengundi Melayu, Cina (35 peratus) dan India (lapan peratus).

Pengundi Cina boleh menjadi faktor penentu dalam usaha BN mengekalkan kemenangan di situ dan ada kebimbangan peratusan keluar mengundi orang Cina mungkin rendah.

Salah satu faktor utama adalah orang Cina dilihat kurang senang dengan kecaman Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh terhadap Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok berhubung isu pensijilan halal.

Sementara itu, Nurul Izzah menggesa semua pengundi, termasuk masyarakat Cina, untuk “keluar beramai-ramai” membuang undi mereka.

MENARIK:  Istiadat pertabalan: PM Anwar, Lee Hsien Loong tiba di Istana Negara

“Setiap undi penting untuk kami. Insya-Allah, kami akan mampu berkhidmat jauh lebih baik berbanding sebelum ini,” katanya lagi.

Nurul Izzah menjadi pemimpin PKR pertama yang menyertai kempen PRK Mahkota dan hari ini berkempen dari rumah ke rumah di Taman Ilham.

Calon BN Syed Hussien yang merupakan ketua Pemuda Umno Kluang akan berdepan calon PN Mohd Haizan Jaafar.

PRK Mahkota diadakan berikutan kematian penyandangnya, Sharifah Azizah Syed Zain pada 2 Ogos lalu.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular