PRK Sungai Bakap pada 6 Julai – SPR

Shopee Sale

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Pulau Pinang pada 6 Julai depan.

Timbalan Pengerusi SPR, Azmi Sharom, mengumumkan 22 Jun sebagai hari penamaan calon manakala pengundian awal dijadualkan pada 2 Julai

"Bajet untuk PRK itu dianggarkan RM2.1 juta," katanya pada m sidang media di Putrajaya hari ini.

Azmi Sharom

Kerusi Sungai Bakap kosong berikutan kematian penyandangnya, Nor Zam Latiff, pada 24 Mei lalu akibat radang perut.

Semasa pertandingan satu lawan satu pada pilihan raya umum ke-15, Nor Zam menang dengan majoriti 1,563 menentang Pakatan Harapan - calon PKR Nurhidayah Che Rose.

Nurhidayah sebelum ini telah menyatakan hasrat untuk bertanding semula di kerusi itu jika diberi peluang.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular