PRN Sabah: Keputusan kerjasama BN diputuskan ibu pejabat – Mat Hasan

Shopee Sale

Keputusan sama ada Barisan Nasional (BN) bertanding secara sendirian atau bekerjasama dengan parti lain pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 akan diputuskan di peringkat pusat, kata Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata setakat ini tiada sebarang keputusan mengenai perkara itu dibuat dan BN Sabah perlu mengemukakan cadangan kepada kepimpinan pusat jika mahu bekerjasama dengan mana-mana parti politik.

“Walaupun UMNO Sabah ada autonomi mentadbir tetapi dalam soal pilihan raya, ia perlu mendapat kelulusan daripada ibu pejabat. Ibu pejabat yang akan menentukan hala tuju parti BN.

“Kalau misalnya (kerjasama) dengan parti A kita (BN) boleh menang, jadi dengan parti itulah atau bersendirian rasa dah kuat, boleh juga bersendirian tetapi BN Sabah mesti mendapat nasihat dan kata putus dari ibu pejabat," katanya.

Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan bakul makanan sempena Ramadan kepada penerima bantuan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Siliau di Rembau hari ini.

MENARIK:  K’jaan nafi tindas pelarian, warga asing di pusat tahanan

Semalam Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dilaporkan berkata parti itu dan UMNO Sabah telah mengadakan perbincangan berhubung kemungkinan menjalin kerjasama bagi menghadapi PRN Sabah akan datang.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular