PRN: Umno Sabah dijangka bentuk gagasan – Bung Moktar

Shopee Sale

Umno Sabah memberi bayangan akan membentuk satu gabungan atau gagasan baru dengan mana-mana parti yang dirasakan boleh bekerjasama dalam mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata Umno negeri perlu mengambil pendekatan itu kerana berpendapat tidak ada mana-mana parti di Negeri Di Bawah Bayu yang mampu bergerak secara solo pada PRN akan datang berdasarkan landskap politik semasa.

"Mengikut keadaan politik semasa termasuk di Sabah, kita tidak boleh bergerak secara solo sebab kita sudah melalui pilihan raya demi pilihan raya. Jadi kita kena ada gagasan, gabungan baru.

"Rakyat sudah tidak boleh menerima parti tunggal, pengundi-pengundi muda melihat bagaimana parti-parti di Sabah.

"Umno sudah memerintah, Warisan sudah, GRS (Gabungan Rakyat Sabah) sudah, Star (Parti Solidariti Tanah Airku) sudah, PBS (Parti Bersatu Sabah) sudah, jadi pembangkang pun sudah.

"Itu juga parti-parti yang akan bertanding pada pilihan raya akan datang. Rakyat sudah boleh menilai... jadi biar rakyat menilai tapi kita merasakan perlu ada satu gagasan baru untuk menstabilkan politik di Sabah," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan watikah pelantikan Jawatankuasa Komuniti Desa Madani di Kota Kinabalu semalam.

MENARIK:  Polis siasat kejadian conteng tembok masjid di KKB

Bagaimanapun, Bung Moktar berkata gagasan atau gabungan baru antara Umno dan parti lain akan diperhalusi terlebih dahulu manakala nama serta pembentukan akan dimaklum apabila tiba masa yang sesuai.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular