Projek PSI: Mahkamah tolak permohonan semakan kehakiman nelayan, NGO

Shopee Sale

Mahkamah Tinggi di George Town hari ini menolak permohonan semakan kehakiman difailkan tujuh nelayan bersama dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menghentikan projek tambakan laut Pulau Pinang Selatan (PSI).

Hakim Quay Chew Soon berkata permohonan kes ini difailkan di luar masa ditetapkan dan sepatutnya dikemukakan sekurang-kurangnya sebulan lebih awal pada 1 Dis dan bukan 29 Dis 2023 dengan mengambil kira pengumuman projek berkenaan pada 1 Sept tahun lalu.

“Oleh itu, berdasarkan tarikh di mana asas untuk permohonan itu mula timbul pada 1 Sept, hari terakhir untuk memfailkan permohonan semakan kehakiman adalah pada 1 Dis (tahun sama), justeru permohonan semakan kehakiman yang difailkan pada 29 Dis adalah di luar masa ditetapkan.

“Secara keseluruhannya, saya berpuas hati bahawa perkara ini tidak memerlukan campur tangan kerana tiada tindakan menyalahi undang-undang, ketidakwajaran atau keadaan tidak rasional mengenai kelulusan projek berkenaan.

"Ätas alasan ini, saya menolak permohonan semakan kehakiman ini,” katanya dalam sidang video pendengaran semakan kehakiman, di George Town, hari ini.

Berikutan keputusan tersebut, projek PSI kini boleh diteruskan seperti dirancang oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

Permohonan itu dikemukakan tujuh nelayan, Omar Hassan, Ibrahim Che Rose, Mohd Ismail Ahmad, Mohd Shahril Rosli, Ramdzan Ishak, Azhar Najamudin, Zakaria Ismail serta Presiden Pertubuhan Jaringan Ekologi dan Iklim (JEDI), Khoo Su Nin dan Setiausaha Kehormat Sahabat Alam Malaysia (SAM), S. Mageswari.

Nelayan dan NGO tersebut memohon satu deklarasi bahawa Kebenaran Merancang yang diberikan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Pulau PInang ((PLANMalaysia )pada 21 Ogos 2023 adalah batal dan tidak sah kerana ia melanggar pelbagai peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.

MENARIK:  PH kalah naratif, kata KM Pulau Pinang

Mereka berusaha untuk membatalkan kelulusan tersebut dan mendakwa antara lain terdapat kegagalan mematuhi undang-undang peranancangan bandar, kesilapan dalam rujukan projek dan ketiadaan penilaian alam sekitar.

Mereka menamakan Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri Pulau Pinang, SRS Consortium Sdn Bhd dan Pengarah PLANMalaysia Pulau Pinang masing-masing sebagai responden pertama hingga keempat.

Peguam Theiva Lingam, Jessica Ram Binwani dan A Lalith Kumar mewakili pemohon manakala barisan peguam persekutuan Nordiyanasari Omar, Charanjit Singh, Yeoh Cho Keong dan Chai Chin Wuen mewakili responden.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular