Protes senyap depan MCMC

Shopee Sale

Sekumpulan kira-kira 30 individu mengadakan protes secara senyap di hadapan pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Cyberjaya hari ini, sebagai simbolik membantah tindakan kerajaan membungkam pandangan kritikal di dunia maya.

Kebanyakan mereka yang berpakaian hitam dan memakai pelitup muka bertanda X, duduk sambil memegang sepanduk bagi menuntut kebebasan bersuara, serta menggesa kerajaan agar tidak gentar terhadap pengkritik mereka.

Jurucakap kumpulan itu, Rafique Rashid Ali, yang juga seorang peguam berkata, walaupun jumlah mereka hari ini kecil, apa yang lebih penting ialah mesej yang disampaikan merentasi pelbagai platform media sosial.

"Apa yang kita ingin sampaikan adalah mudah.

"Hentikan kekangan kebebasan bersuara rakyat. Ancaman-ancaman oleh kerajaan mesti diberhentikan. Usah takut-takutkan rakyat kerana rakyat ada kebebasan berpendapat, rakyat ada kebebasan menghamburkan kritikan,” kata ketua penerangan Pejuang itu.

Dia memetik data yang dikeluarkan oleh Meta berhubung jumlah kandungan yang disekat - daripada 386 pada tahun 2020 kepada 8,450 tahun lepas - dan mendakwa peningkatan mendadak itu bukan sahaja disebabkan oleh penghapusan kandungan berbahaya seperti pornografi atau perjudian haram, tetapi juga hantaran yang mengkritik kerajaan.

Sementara itu di TikTok, yang menurut Rafique dilabel oleh kerajaan sebagai "taman permainan pembangkang", terdapat sejumlah 340 permintaan daripada kerajaan untuk menghapuskan atau menyekat kandungan pada separuh pertama tahun lepas.

Dalam Laporan Permintaan Penghapusan Kandungan Kerajaan yang dikeluarkan hari ini oleh TikTok, kerajaan Malaysia direkodkan meminta sebanyak 1,862 penghapusan kandungan pada separuh kedua tahun lepas, meningkat sebanyak 447.6 peratus daripada tempoh laporan sebelumnya.

Antara yang menyertai protes itu ialah 'YB Viral' dan DD Chronicle - serta aktivis gerakan 'Demi Negara' yang mendakwa laman web mereka disekat oleh kerajaan.

MENARIK:  KATA MP | Tabik buat PM, berani tamatkan subsidi diesel T20

Sebelum ini, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata keputusan muktamad mengenai penghapusan kandungan terletak di tangan pengendali platform media sosial yang boleh memutuskan untuk menolak permintaan daripada MCMC.

Ketua Polis Daerah Sepang, Wan Kamarul Wan Azran, yang menerima notis daripada penganjur di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 turut dilihat berada di lokasi perhimpunan bersama sepasukan anggota beruniform.

Dia mengeluarkan arahan agar protes itu ditamatkan pada jam 6 petang seperti yang dijadualkan.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular