Puad: Ada beza halang Blackrock beli saham MAHB dengan boikot Apple

Shopee Sale

Isu penglibatan Blackrock dalam Global Infrastructure Partners ( GIP) - yang laporan akan membeli pegangan dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) - tidak sama dengan pegangan syarikat pelaburan itu dalam Apple, menurut Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Mohd Puad Zarkashi.

Mohd Puad berkata berbeza dengan pegangan Blackrock dalam Apple, kerajaan ada kuasa untuk menghalang GIP membeli saham MAHB.

Mengulas lanjut, Mohd Puad berkata dalam isu melibatkan Blackrock juga kerajaan mempunyai kuasa untuk menghalang penyertaannya, namun tidak pada produk Apple.

“Kuasa di tangan Kerajaan Malaysia untuk membatalkan GIP milik Blackrock yang pro-Israel membeli saham MAHB. Kerajaan tidak ada kuasa halang Blackrock menguasai saham Apple.

"Tetapi kenapa benda yang kita ada kuasa (untuk halang), kita mahu benarkan pula.

“Dalam kes Apple, kuasa di tangan rakyat bukan kerajaan. Terpulang pada rakyat untuk boikot seperti mana mereka boikot McDonalds, KFC, KK Mart dan Starbucks,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Aziz antara lain berkata Blackrock ialah syarikat tersenarai yang bukan dimiliki oleh Israel, dan dana kekayaan negara dari Abu Dhabi, Kuwait, Arab Saudi dan Qatar juga mempunyai kepentingan dalam syarikat itu.

Tengku Zafrul juga menegaskan Blackrock ialah salah satu pemegang saham terbesar Apple.

“Semua yang memiliki (produk) Apple, jika anda benar-benar menentang, anda tidak sepatutnya menggunakannya. Siapa pemegang saham terbesar WhatsApp? Siapa pemegang saham terbesar Facebook?" soalnya.

Kenyataan itu kemudian disanggah gerakan Boycott, Divestment, Sanctions for Malaysia (BDS Malaysia) yang berkata Blackrock memang wajar diboikot kerana ia ada kepentingan besar dalam syarikat yang membekalkan senjata kepada Israel, iaitu Lockheed Martin, RTX, Northrop Grumman, Boeing, dan General Dynamics.

MENARIK:  Pesawah muda Kelantan buntu diuji kemarau

BDS Malaysia juga berkata syarikat itu membuat pelaburan besar di Israel, selain mendakwa CEO-nya Larry Fink sebagai penyokong kuat regim Zionis.

Mengulas lanjut berkenaan perbezaan pegangan Blackrock dalam MAHB dan Apple, Mohd Puad berkata pegangan dalam syarikat pengendali lapangan terbang seolah-olah mendedahkan aset strategik kepada pihak asing.

“Masalahnya lapangan terbang adalah aset strategik. Ia adalah kedaulatan kita. Dalam taktik peranang, lapangan terbang adalah sasaran utama untuk ditawan atau dimusnahkan.

“Tiba tiba kita benarkan (syarikat) pro-musuh membolosi kedaulatan kita secara mudah. Kita tidak tahu apa akan jadi 50 atau 100 tahun akan datang,” katanya lagi.

Dia turut mengongsikan pandangan sarjana hak asasi manusia Jepun, Saul Takahashi yang melahirkan rasa terkejut dengan rancangan penjualan saham MAHB kepada syarikat itu.

“Menurut beliau, Blackrock adalah pembiaya utama kompleks industri tentera Amerika yang membantu genosid Israel di bumi Palestin. Di mana moral kemanusiaan negara?" soalnya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular