Puad: Elok PN hantar Isham Jalil masuk sekolah politik di China

Shopee Sale

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Mohd Puad Zarkashi dengan nada menyindir menggesa PN agar menghantar Isham Jalil untuk menyertai sekolah politik di China, susulan kekalahan gabungan itu dalam PRK Mahkota di Johor, semalam.

Dalam hantaran di Facebook hari ini, Puad berpandangan naratif kempen yang dibawa Isham gagal memberi kemenangan kepada PN.

“Orang paling koyak-rabak tentunya Isham. BN menang dengan majoriti lagi besar.

“Naratif DAP oleh Isham gagal untuk kali kedua, selepas PRK Nenggiri. Terbukti dia jurukempen taraf ‘racun makhluk perosak’,” kata Puad.

PRK Mahkota menyaksikan kemenangan Ketua Pemuda Umno Kluang Syed Hussien Syed Abdullah yang meraih 27,995 undi berbanding calon PN Mohamad Haizan Jaafar yang hanya mendapat 7,347 undi.

Puad turut membidas Isham kerana cuba memainkan sentimen antikomunis dengan mendakwa BN mempelajari ideologi tersebut dalam lawatan ke China baru-baru ini.

Isham Jalil

Katanya, Isham yang pernah menjadi ahli MKT Umno seperti lupa yang Umno dan BN yang memimpin negara melawan Parti Komunis Malaya (PKM) dan bagaimana bekas perdana menteri Abdul Razak Hussein yang memulakan hubungan diplomatik dengan China.

Namun, katanya lagi, perkara itu gagal memperdaya pengundi di Mahkota dan malah menyebabkan PN kalah teruk.

MENARIK:  Malaysia akan pertingkat kerjasama dengan Rusia dalam semua bidang - PM

“Antara indoktrinasi China keapda pelapisnya ialah ‘morality first’. Ini jauh beza dengan Bersatu, bagi mereka ‘cakap bohong first’ dan ‘spin first’.

“Elok PN hantar Isham belajar di sekolah politik di China. Doktrin Isham supaya dia tidak terus menjadi ‘spin doctor’ bertaraf racun makhuk perosak,” katanya lagi.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular