Puad nasihat Saddiq: Inilah bahana obses nak populis

Shopee Sale

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Mohd Puad Zarkashi menyatakan rasa ‘simpati' terhadap nasib yang menimpa Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

"Saya amat bersimpati dengan Syed Saddiq. Dia ahli politik muda yang banyak masalah.

"Kini dia bergelar 'sang juara DNF' (did not finish atau tidak tamat). Kemenangannya dibatalkan. Inilah bahana bila ahli politik terlalu obses menjadi populis.

"Dia pernah buat larian dari Muar ke parlimen untuk kutip dana. Kes terbaru ini mencemarkan nama baik parlimen. Mujur Syed Saddiq tidak umum kejayaannya di parlimen," katanya di Facebook, hari ini.

Semalam Syed Saddiq memohon maaf atas kesilapan yang berlaku dalam satu acara triatlon di Johor Bahru, Sabtu lepas.

Menurutnya, kesilapan itu berlaku kerana dia tersilap mengambil laluan kategori lain yang lebih pendek dalam bahagian berbasikal.

Dia pada mulanya mendapat tempat ketiga dalam acara 113 Triathlon Desaru 2024 yang diadakan pada 6 dan 7 Julai lalu.

Pertikaian muncul apabila dia mengongsikan gambarnya ketika menyertai acara itu - yang merangkumi larian 131km, renang 2.25km, basikal 90km dan larian 21.1km - dan menyuarakan rasa bangga apabila dapat menamatkannya dengan catatan masa lima jam dan 44 minit.

Seorang pengguna Instagram kemudian mendakwa bekas presiden Muda itu melengkapkan perlumbaan basikal dengan hanya dua pusingan (60km) dan tidak melengkapkan keseluruhan tiga pusingan sejauh 90km.

Pada 30 Jun lalu, dia turut berlari dari Muar ke bangunan parlimen di Kuala Lumpur dengan jarak sejauh 200 kilometer dan berjaya mengutip dana lebih RM100,000.

MENARIK:  PM ucap selamat hari ibu

Syed Saddiq memulakan kempen “Langkah Muar” itu bagi membantah kegagalan kerajaan memperuntukkan dana ke kawasan ahli parlimen pembangkang.

Dia melahirkan kebimbangan terhadap kekurangan peruntukan bagi kawasan yang dikuasai pembangkang, berkata kawasan wakil rakyat kerajaan menerima RM20 juta.

Bagaimanapun Puad berkata, kesilapan Syed Saddiq itu menghakis kepercayaan rakyat kepada pemimpin pelapis.

"Dia terselamat daripada dihadapkan ke Jawatankuasa Pilihan Khas (parlimen).

"Dia kata rakyat susah tetapi kenapa buat kerja wakil rakyat 'did not finish'? Dia menghakis kepercayaan rakyat pada pemimpin pelapis muda," katanya yang juga Adun Rengit.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular