Pusat hiburan dibakar bom petrol: Seorang lagi ditahan – polis

Shopee Sale

Polis menahan seorang lagi lelaki tempatan semalam kerana disyaki terbabit dalam kes pusat hiburan terbakar akibat dibaling bom petrol awal pagi Khamis lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata penahanan lelaki berusia 28 tahun itu menjadikan keseluruhan tangkapan setakat ini seramai lima individu.

“Lelaki berkenaan direman empat hari bermula hari ini hingga Khamis, polis juga akan memohon melanjutkan reman terhadap empat lelaki berusia 25 hingga 28 tahun yang ditahan sebelum ini yang akan tamat esok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rusdi berkata semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Khamis lepas, tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan empat individu menaiki motosikal membaling bom petrol di hadapan pusat hiburan itu yang terletak di Jalan Yap Kwan Seng.

Jumaat lepas Rusdi dilaporkan berkata keterangan daripada pemilik premis dan pengurus pusat hiburan juga telah diambil bagi membantu siasatan.

MENARIK:  Nilaikan dari apa yang terzahir, bukan di fikiran - Mufti Perlis

Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular