Pusat pemuliharaan bimbang ungka ‘disita’ Perhilitan lepas permit tamat

Shopee Sale

Pengasas dan Presiden Persatuan Pemuliharaan Ungka (GCS) Mariani 'Bam' Ramli mengingatkan bahawa projek pemuliharaan yang dijalankan selama berdekad mungkin akan berakhir tidak lama lagi jika semua ungka dalam jagaan mereka 'disita' oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Dalam kenyataan hari ini, Mariani menyuarakan kebimbangan yang serius kerana masa suntuk bagi ungka yang terancam di Malaysia selepas permit asal NGO tersebut kini telah tamat tempoh, sementara permohonan berkaitan yang dapat memberi kebenaran untuk mereka meneruskan operasi dikatakan tidak diberi perhatian.

"Sejak tahun 2019, kami beroperasi di bawah permit individu yang dikeluarkan di bawah Seksyen 11(a) Akta 716 (Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010) yang sebelum ini dimiliki oleh (presiden Peka) Shariffa Sabrina Syed Akil. Permit ini khusus untuk memburu atau menyimpan hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya atau mengambil atau menyimpan mana-mana bahagian atau terbitan daripada haiwan tersebut.

"Sementara kami menunggu pindaan Seksyen 10(f) yang berkaitan dengan operasi fasiliti pemulihan haiwan liar, kami juga telah memohon permit di bawah Seksyen 12(2), baru-baru ini.

"Seksyen ini membenarkan permohonan permit khas dengan mengemukakan permohonan bertulis yang menjelaskan alasan bagi permohonan tersebut. Malangnya, kami masih belum menerima apa-apa makluman daripada Perhilitan berhubung permohonan ini," kata Mariani.

Katanya, kelulusan permit ini bergantung kepada budi bicara Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar Nik Nazmi Nik Ahmad dan ia amat penting supaya kumpulannya dapat meneruskan kerja-kerja pemuliharaan tanpa sebarang gangguan.

"Penjagaan dan pemulihan berterusan terhadap ungka tidak boleh dihentikan kerana ia secara langsung akan mempengaruhi kesejahteraan dan peluang survival mereka apabila sedia diperkenalkan semula ke alam liar," katanya.

Mariani turut menyuarakan kebimbangan bahawa melalui pertukaran surat mengenai perkara tersebut baru-baru ini, ungka yang berada di tapak Projek Pemulihan Ungka (Grep) di Raub, Pahang boleh dihapuskan secara paksa oleh Perhilitan.

Pada Disember 2020, pegawai Perhilitan menyerbu pusat pemulihan Grep dan merampas enam ekor ungka susulan keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan bahawa Mariani tidak memiliki izin untuk menjaga haiwan berkenaan.

Menurut Mariani, perjalanan pemuliharaan ungka di Malaysia dipenuhi dengan cabaran, menceritakan pergelutan sekitar 1970-an ketika tiada sebarang panduan yang jelas menyebabkan usaha pemuliharaan ungka terjejas.

MENARIK:  Siasatan kes Zayn Rayyan - Polis tidak ada niat tidak baik, kata Suhaily

"Sebaliknya, Projek Pemulihan Ungka dan Yayasan Rakan Hidupan Liar Thailand (WFFT) di Thailand, serta projek pemulihan ungka lain di Indonesia dan Vietnam telah membuktikan kejayaan model yang disokong oleh protokol mantap telah mengukuhkan program pemuliharaan mereka," katanya.

Dia merujuk kepada situasi dari tahun 1976 hingga 1988, Pusat Pemulihan Hidupan Liar di Hutan Simpan Semenggoh di Sarawak telah menerima sebanyak 122 ekor ungka yang dirampas atau diserahkan orang ramai dan sebanyak 87 ekor ungka kemudian dibebaskan.

"Kadar kelangsungan hidup yang tidak diketahui sehinggalah kajian penting pada tahun 1988 di Semenggoh mendedahkan realiti suram iaitu kira-kira 90 peratus daripada ungka-ungka yang dibebaskan tidak dapat bertahan selepas pengenalan semula.

"Kadar kematian yang tinggi ini menyerlah kelemahan strategi pemulihan semasa dan menekankan keperluan segera untuk menyemak semula amalan pemuliharaan dan mengatasi cabaran yang dihadapi oleh pihak berkuasa pemuliharaan," katanya.

Dia menyatakan bahawa GCS terlibat dengan aktif dalam beberapa projek pemulihan yang berjaya.

"Salah satu pencapaian penting kami adalah kelahiran bayi ungka pertama, yang diberi nama Axel, di taman perlindungan kami.

"Ini merupakan satu peristiwa penting bagi kami dan membuktikan kejayaan usaha pemulihan yang dijalankan kerana ibu bapa Axel sendiri merupakan ungka yang diselamatkan," tambahnya lagi.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular