Putin angkat sumpah sebagai presiden Rusia kali kelima pada Selasa

Shopee Sale

Vladimir Putin akan mengangkat sumpah sebagai Presiden Rusia untuk penggal kelima yang akan berlangsung di ibu negara, Moscow pada Selasa, lapor Agensi Anadolu.

Majlis itu yang dijadualkan berlangsung di Kremlin, menandakan permulaan penggal selama enam tahun untuk pentadbiran Putin yang memenangi 87 peratus undi semasa Pilihan Raya Presiden yang berlangsung pada Mac.

Susulan majlis angkat sumpah itu, kerajaan semasa Rusia akan digantikan oleh sebuah kerajaan baharu dengan kelulusan parlimen negara itu menerusi satu pindaan perlembagaan pada 2020.

Dalam hal ini, Putin akan mengemukakan calon perdana menteri ke Duma, dewan terendah Parlimen Rusia untuk kelulusan.

Biarpun parlimen mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon dikemukakan, Putin boleh melantik perdana menteri secara terus tanpa kelulusan parlimen sekiranya wakil rakyat menolak calon dikemukakan tiga kali.

Dalam kes sedemikian, Putin juga mempunyai hak untuk membubarkan parlimen dan mengadakan pilihan raya parlimen.

Menurut media tempatan, penyandang Perdana Menteri Mikhail Mishustin dikatakan akan dilantik sekali lagi kerana beliau dilihat sebagai ketua kerajaan yang berjaya berdasarkan pertumbuhan ekonomi negara biarpun konflik berterusan Rusia-Ukraine dan sekatan ekonomi oleh Barat.

Putin akan melantik secara langsung menteri luar, pertahanan, kehakiman, situasi darurat dan dalam negeri dengan nasihat Majlis Persekutuan, dewan tertinggi Parlimen Rusia.

Dikatakan Menteri Luar Sergey Lavrov dan Menteri Pertahanan Sergey Shoygu akan mengekalkan jawatan masing-masing sementara perubahan dijangka tidak berlaku kepada menteri berkaitan ekonomi dan kewangan.

MENARIK:  Anwar, Prabowo bincang hala tuju rapatkan hubungan Malaysia-Indonesia

Bagaimanapun disebabkan kritikan orang awam terhadap kementerian pendidikan, sukan dan dasar kebudayaan, mungkin berlaku perubahan kepada kementerian berkaitan dan kemungkinan kementerian belia akan diwujudkan.

Berdasarkan undang-undang Rusia, proses meluluskan kerajaan baharu boleh berlanjutan paling lama sehingga 20 Mei, walaupun dijangka senarai calon perdana menteri dan majlis menteri akan dikemukakan kepada parlimen dengan segera selepas majlis itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular