‘Puting beliung’ landa Lahad Datu

Shopee Sale

Kejadian pusaran angin seperti puting beliung telah menerbangkan beberapa kepingan bumbung zink bangunan di Jalan Segama Industrial State, Batu 1 di Lahad Datu tengah hari tadi dan fenomena tersebut sempat dirakam orang awam yang berada di lokasi terbabit.

Rakaman video diambil orang awam berdurasi 22 saat itu yang tular di media sosial memaparkan zink bumbung deretan kedai diterbangkan dalam kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Rohan Shah Ahmad ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu dan pihaknya turut ke lokasi kejadian pada jam 2.40 petang.

"Berdasarkan saksi di tempat kejadian memaklumkan kejadian sebenar berlaku antara jam lebih kurang 1.30 tengah hari dan kejadian itu berlaku pantas, dalam tempoh antara tidak lebih daripada 60 saat.

"Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa berlaku akibat kejadian itu, " katanya.

Menurut Rohan Shah, pemeriksaan pihaknya mendapati terdapat dua bangunan terjejas dan berlaku kerosakan pada beberapa bahagian bumbung deretan bangunan kedai.

"Polis juga tidak menerima sebarang laporan daripada orang awam," katanya.

MENARIK:  Melaka angkat suara anak muda, bentuk ahli dewan undangan belia

Sementara itu, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Segama, Datuk Mizma Appehdullah ketika dihubungi berkata pihaknya turut menerima maklumat mengenai kejadian puting beliung itu namun nilai anggaran kerosakan masih belum diketahui.


News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular