Radzi: Jangan dengar Fahmi, PAS akan sertai kempen

Shopee Sale

PRK KKB | Naib Presiden Bersatu Radzi Jidin berkata PAS tetap akan menyertai kempen calon PN Khairul Azhari Saut sepanjang kira-kira dua minggu ini.

Dia berkata demikian ketika menyangkal persoalan yang dibangkitkan Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil apabila pemimpin PAS tiada ketika hari penamaan calon dua hari lalu.

"Saya minta media jangan mendengar Menteri Komunikasi (Fahmi). PAS memang merancang Rumah Terbuka Aidilfitri di Perlis lebih awal.

"Jadi sebab itu pada hari penamaan calon mereka memang dirancangkan pelbagai mesyuarat di Perlis," katanya, merujuk majlis rumah terbuka PAS Pusat yang diadakan di Kangar pada hari yang sama dengan penamaan calon.

"Insha-Allah, mereka akan bekerja keras untuk pastikan kemenangan PN di KKB," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Batang Kali, dekat Kuala Kubu Bharu semalam.

Terdahulu, Fahmi membangkitkan keberadaan ramai pemimpin utama PAS di Perlis berbanding Kuala Kubu Bharu sebelum ini.

Menyifatkan perkara itu sebagai agak "menarik", Fahmi berkata dia sendiri tidak pasti apa yang cuba disampaikan oleh pemimpin PAS dengan tindakan itu.

Namun Radzi yang juga ahli parlimen Putrajaya menegaskan pemimpin PAS sudah mula turun berkempen semalam.

"Ramai yang dah mula turun. Hari ini (semalam) adalah hari pemanas badan dan kita akan gerakkan seluruh jentera kita dan pastikan kemenangan PN pada 11 Mei nanti," katanya.

Dia turut menafikan bahawa PN hanya fokus kepada pengundi Melayu sahaja.

"Dalam konteks PRK, ia tidak mengira kaum. Sesiapa yang keluar mengundi, merekalah yang kita inginkan agar mengundi kita.

MENARIK:  Mahkamah tolak permohonan reman Papagomo

"Namun data menunjukkan pengundi Melayu bersama PN. Kalau kita memperbanyakkan kehadiran mereka (untuk keluar mengundi), itu akan menambahkan undi kita," katanya lagi.

DUN Kuala Kubu Bharu dikenali sebagai 'kerusi campuran' dengan pecahan pengundi Melayu (46 peratus), Cina (30 peratus) dan India (18 peratus) dan lain-lain (6 peratus).

Khairul Azri akan berdepan tiga lagi calon, iaitu Pang Sock Tao daripada PH, Hafizah Zainuddin (PRM) dan Nyau Ke Xin (bebas).

PRK Kuala Kubu Bharu diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari mengundi pada 11 Mei dan 7 Mei untuk pengundian awal.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular