Rafizi: Elak tercicir bantuan k’jaan, daftar Padu

Shopee Sale

Sebanyak 4,752 kawasan di Malaysia belum diliputi pendafataran Padu dan berisiko keciciran, maklum Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

"Sebanyak 5.43 Juta individu telah mengemaskini data Padu sehingga 11:59 malam, 17 Mac 2024.

"Walaubagaimanapun, sebanyak 4,752 kawasan telah dikenalpasti di seluruh Malaysia, di mana penduduk kawasan tersebut tidak mempunyai sebarang pendaftaran di bawah Padu mahupun apa-apa program bantuan kerajaan yang disediakan sebelum ini," katanya pada kenyataan hari ini.

Rafizi menggesa orang ramai untuk mendaftar dan mengemaskini data di Padu sebelum tarikh akhir 31 Mac 2024 untuk mengelakkan risiko keciciran berterusan.

"Anda mungkin tidak mendapat bantuan kerajaan sebelum ini, kini walau peluang itu telah dibuka, oleh kerana data anda tidak dikemaskini, anda mungkin terus tercicir," katanya.

Menurut data yang diberikan Rafizi, Selangor mencatatkan 1,282 kawasan belm diliputi pendaftaran Padu, diikuti dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 992 kawasan, Sarawak 765 kawasan dan Sabah 620 kawasan.

Kata Rafizi, dalam konteks pelaksanaan Padu, pengemaskinian oleh rakyat atau rekod pentadbiran individu divisualisasi sehingga di peringkat lokaliti.

"Di antara contoh kawasan adalah seperti lokaliti PPR/Perumahan Awam, Kondominium, Pangsapuri, Rumah Kos Rendah, Kuarters, Rumah Kedai, Rumah Air/Panjang dan Rumah Sesebuah.

"Penelitian pengemaskinian Padu di peringkat lokaliti ini akan menjadi input untuk memastikan semua kawasan diliputi, mempunyai perwakilan dan tidak berlaku keciciran," katanya.

"Lokaliti merujuk kepada nama yang diberi kepada sesuatu tempat yang merupakan tempat tinggal sekumpulan orang tempatan yang mempunyai talian sosial yang jelas seperti kampung atau taman perumahan," jelasnya lagi.

Rafizi berkata para penduduk di kawasan ini, walaupun dikenalpasti dari kalangan B40 dan B60, tidak mempunyai data dalam apa-apa pangkalan data bantuan kerajaan sebelum ini.

MENARIK:  Menteri Kesihatan dirujuk ke hospital, disyaki alami ‘renal colic’

"Penduduk di lokaliti ini berisiko tercicir daripada menerima ataupun dilibatkan dalam apa-apa program atau bantuan kerajaan yang akan datang," katanya.

Tumpuan Kementerian Ekonomi dan juga pasukan Padu dalam tempoh dua minggu ini kata Rafizi, untuk mempertingkatkan pendaftaran individu dan isi rumah, terutamanya meliputi kawasan yang dikenal pasti berisiko terbesar pengecualian.

Katanya, satu sesi Townhall akan diadakan pada 23 Mac 2024 (Sabtu) di Pusat Konvensyen MBSA bertujuan untuk memberi penerangan mengenai manfaat Pangkalan Data Utama (Padu) serta mendapatkan kerjasama pihak berkaitan untuk membantu meningkatkan pendaftaran dalam kalangan rakyat, terutamanya di kawasan Selangor dan Wilayah Persekutuan sebelum 31 Mac 2024.

Rafizi juga meminta semua kerajaan negeri mengambil langkah yang sama, mengumpulkan wakil-wakil penduduk dari kawasan-kawasan berisiko tinggi keciciran, untuk menggalakkan pendaftaran Padu penduduk kawasan tersebut.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular