Rafizi: M'sia lalui proses negara menua lebih miskin dari negara lain

Shopee Sale

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, Malaysia bukan sahaja menjadi sebuah negara yang semakin menua, tetapi juga akan melalui proses tersebut dengan keadaan lebih miskin berbanding negara lain.

"Yang lebih membimbangkan negara-negara lain yang melalui proses ini (negara menua), mereka berada di kedudukan ekonomi dan kewangan isi rumah yang lebih baik daripada Malaysia.

“Bermakna bukan sahaja kita melalui kepantasan ini, yang dengan sendirinya menjadi masalah kepada ekonomi, kita melaluinya lebih miskin berbanding beberapa negara lain,” katanya pada majlis pelancaran penemuan Banci Ekonomi 2023 di Putrajaya hari ini.

Isu itu akan terus menjadi tumpuan untuk bancian ekonomi, katanya.

Sebelum ini, Banci Kebangsaan 2020 mendedahkan peratusan penduduk warga emas berumur 65 tahun ke atas meningkat dengan ketara dalam tempoh dua dekad lalu.

Ia berjumlah 6.8 peratus atau 2.2 juta pada 2020 berbanding 3.9 peratus pada 2000.

Menurut Banci Ekonomi 2023, dalam kalangan negara Asean, Malaysia menduduki tempat kelima dalam KDNK di belakang Indonesia, Thailand, Singapura dan Vietnam.

Malaysia berada di tempat ketiga dalam KDNK per kapita bagi tahun 2023, di belakang Singapura dan Brunei, namun jurangnya agak besar.

MENARIK:  'Bila nak cekup menantu Muhyiddin, Jho Low?'

KDNK per kapita Malaysia pada 2023 ialah AS$11,649, berbanding AS$84,734 di Singapura dan AS$33,431 di Brunei

Sementara itu, Banci Ekonomi 2023 mendapati bilangan organisasi dalam industri penjagaan warga emas meningkat sebanyak 4.7 peratus dalam tempoh tujuh tahun lepas.

Dalam tempoh masa yang sama, jumlah organisasi dalam industri insurans hayat meningkat sebanyak 5.3 peratus.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular