Rafizi – Tiga agensi bermandat bumiputera dijajar semula

Shopee Sale

Tiga agensi bermandat bumiputera di bawah kawal seliaan Kementerian Ekonomi dijajar semula selaras dengan matlamat Kerajaan Madani untuk memperkasa dan melonjakkan penyertaan ekonomi bumiputera secara strategik, mampan dan berkesan, kata menterinya, Rafizi Ramli. 

Beliau berkata ia akan dijayakan melalui kerjasama pintar dan inovatif antara sektor awam dan swasta, sejajar dengan prinsip Kerajaan Madani yang memberikan keutamaan kepada inklusiviti, keberkesanan dan kelestarian.

“Penjajaran semula strategi dan pelaksanaan bagi Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), Yayasan Peneraju (YP) dan Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) dilaksanakan setelah mengambil kira pandangan pelbagai pihak berkepentingan melalui sesi libat urus yang telah dijalankan awal tahun ini.

“Inisiatif penjajaran semula ini juga dilakukan susulan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMKe-12) yang telah menggariskan strategi untuk memperkukuh perananan agensi mandat bumiputera dalam penyampaian agenda bumiputera,” katanya dalam ucapan pada Majlis Menskalakan Penciptaan Nilai Bumiputera di Cyberjaya hari ini.

Lebih 500 orang termasuk wakil perusahaan bumiputera pelbagai saiz, pemimpin korporat, syarikat berkaitan kerajaan dan agensi kerajaan hadir pada majlis itu.

Rafizi berkata menerusi penjajaran semula ini, YP, Teraju dan Ekuinas akan memainkan perananan yang khusus dalam ekosistem keusahawanan bumiputera. 

Katanya YP akan fokus kepada pembangunan bakat untuk meningkatkan kelas pencipta nilai bumiputera manakala Teraju akan bertindak sebagai ‘super-scaler’ dalam memacu pertumbuhan dan memperluas skala syarikat bumiputera kepada tahap lebih tinggi dan kompetitif di arena global.

Beliau berkata Ekuinas pula akan terus memacu penciptaan kekayaan dan penglibatan ekonomi bumiputera melalui pemilikan ekuiti korporat.

“Menjelang 2030, hasil daripada penjajaran semula ini, ketiga-tiga agensi terlibat telah diberikan sasaran yang perlu dicapai. 

“YP perlu menyediakan 10,000 bakat bumiputera yang bersedia untuk bersaing dan menjadi pemain industri, Teraju pula disasarkan untuk menyediakan kemudahan pembiayaan berjumlah RM1 bilion menerusi kerjasama dengan sektor swasta serta membangunkan dan meningkatkan keupayaan sebanyak 1,000 syarikat,” katanya.

MENARIK:  Iran mulakan siasatan nahas helikopter Presiden Raisi

Beliau berkata Ekuinas akan menyokong lebih banyak syarikat usahawan bumiputera yang mempunyai rekod prestasi dan keuntungan yang cemerlang. 

Melalui dana berjumlah RM800 juta, katanya Ekuinas akan melabur untuk menyokong pertumbuhan syarikat, memastikan mereka terus berkembang dan mencapai kejayaan yang lebih besar di pasaran.

Pada majlis itu, Rafizi turut menyaksikan beberapa pertukaran dokumen penyataan persefahaman antaranya antara Teraju dan Leave a Nest bagi peluang kolaborasi dan rangkaian melalui ekosistem strategik, akses pembiayaan dan sokongan pembuatan prototaip.

Selain itu, Teraju juga bakal berkolaborasi dengan Malaysian Institute of Economic Research bagi program pemudahcaraan melalui depositori Korporat Bumiputera, khidmat rundingan dan khidmat nasihat. 

Ia juga akan berkolaborasi dengan Sirim Bhd bagi program pemudahcaraan melalui khidmat rundingan dan khidmat nashat yang memfokuskan kepada produk teknologi dan perkhidmatan.

Teraju juga akan berkolaborasi dengan institusi kewangan seperti Bank Muamalat Malaysia Bhd, RHB Islamic Bhd, Midf Bhd, MBSB Bank Bhd, Sabah Credit Corporate, Maybank Islamic Bhd, SME Bank, Agrobank, Bank Rakyat, Credit Guarantee (CGC), Exim Bank, Pernas, Development Bank of Sarawak bagi mewujudkan kemudahan pembiayaan bernilai RM1 bilion untuk syarikat bumiputera.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular