Raja Maori New Zealand meninggal dunia pada usia 69 tahun

Shopee Sale

Raja Maori New Zealand Tuheitia Pootatau Te Wherowhero mangkat pada usia 69 tahun, menurut kenyataan pejabat Tuheitia pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Raja Maori meninggal dunia di hospital selepas menjalani pembezahan jantung baru-baru ini, hanya beberapa hari selepas meraikan ulang tahun ke-18 pertabalan baginda.

"Kemangkatan Raja Kiingi Tuheitia adalah detik amat mendukacitakan bagi pengikut Te Kiingitanga, Maaoridom dan seluruh negara," menurut kenyataan itu.

Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon berkata beliau akan mengingati dedikasi raja kepada negara.

"Komitmennya yang tidak berbelah bahagi kepada rakyatnya dan usaha baginda yang tidak kenal lelah untuk menegakkan nilai dan tradisi Kiingitanga (King Movement) telah meninggalkan kesan mendalam kepada negara kita."

"Saya akan mengingati dedikasi baginda kepada Aotearoa New Zealand, komitmennya terhadap mokopuna (generasi akan datang), semangatnya untuk te ao Maori (dunia Maori), dan visinya untuk masa depan yang semua orang dilayan dengan bermaruah dan dihormati."

Tuheitia akan disemayamkan di Turangawaewae Marae, kediaman rasmi raja, selama lima hari sebelum dibawa ke tempat persemadiannya yang terakhir di Gunung Taupiri.

MENARIK:  Mesir dan rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza

Ratusan ribu orang, termasuk pemimpin dari seluruh Pasifik, dijangka hadir di marae (tempat pertemuan komuniti suci dalam budaya Maori) untuk memberi penghormatan terakhir.

Kiingitanga diasaskan pada 1858 dengan tujuan untuk menyatukan Maori di bawah satu pemerintahan berdaulat.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular