Raja Permaisuri Agong ziarah jenazah dua anggota polis

Shopee Sale

Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan untuk berangkat menziarah jenazah dua anggota polis yang terkorban dalam insiden serangan di balai polis Ulu Tiram awal pagi semalam, di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di Johor Bahru.

Seri Paduka Baginda yang berangkat tiba pada 11.37 pagi turut meluangkan masa menyantuni ahli keluarga Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, selepas solat jenazah.

Sementara itu hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim memaklumkan bahawa Raja Zarith Sofiah turut berkenan mengurniakan sumbangan peribadi daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Seri Paduka Baginda buat kedua-dua keluarga.

Pengurusan jenazah dua perwira negara itu dilaksanakan dengan adat Istiadat Kepolisan, dan ratusan anggota serta pegawai polis menunaikan solat jenazah itu, yang turut disertai Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Terdahulu jenazah kedua-dua anggota polis itu tiba di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil IPK Johor dari Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru selepas proses bezah siasat.

Usai solat jenazah, dua keranda yang ditutupi Jalur Gemilang itu dibawa masuk ke van jenazah dengan penuh penghormatan, dan kedua-dua jenazah dibawa pulang ke kampung halaman masing-masing pada 11.55 pagi ini untuk urusan pengebumian.

MENARIK:  Bekalan air di Felda Perasu terputus sebab gangguan elektrik - AKSB

Allahyarham Ahmad Azza Fahmi, 22, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Poh, Bidor, Perak manakala Allahyarham Muhamad Syafiq, 24, di Tanah Perkuburan Islam Batu 8, Jalan Gambang, Kuantan, Pahang.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular