Rakyat Malaysia diingatkan guna permit sah tunai haji

Shopee Sale

Rakyat Malaysia yang ingin menunaikan haji dinasihatkan supaya menggunakan cara yang sah berikutan langkah terbaharu kerajaan Arab Saudi mengenakan penalti sebanyak SAR10,000 (kira-kira RM12,600) terhadap pelanggaran peraturan dan arahan musim haji.

Ketua Konsulat Malaysia di Jeddah, Roslan Sharif percaya tindakan tegas itu berikutan saban tahun berlaku pelanggaran peraturan termasuk menunaikan haji tanpa visa sah.

”Yang pastinya sesiapa sahaja tertangkap kerana tidak mempunyai permit haji akan dikenakan denda SAR10,000 dan akan dihantar kembali ke negara asal serta tidak dibenarkan sama sekali untuk menunaikan ibadah haji.

"Tunaikan ibadah haji ini tujuannya baik, jadi biarlah dilakukan dengan cara yang baik,” katanya dalam sidang media di Hotel Emaar Royal di Madinah.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan beberapa individu yang dilaporkan berkayuh basikal dari tanah air untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.

"Tidak kira menggunakan kenderaan apa jua sekali pun, sama ada berbasikal, bermotor mahupun berkereta, mereka yang ingin berada di Tanah Suci ketika ini perlu mempunyai permit sah haji.

”Kita hendak menunaikan ibadah haji untuk mencari pahala. Jadi dari peringkat awal lagi kita kena ikut peraturan dan mengelakkan daripada melakukan sesuatu yang bertentangan,” katanya.

Visa haji bagi jemaah Malaysia hanya dikeluarkan menerusi Lembaga Tabung Haji (TH) selain visa mujamalah dan visa furada menerusi kedutaan Arab Saudi.

Kerajaan Arab Saudi pada Rabu lepas mengumumkan penguatkuasaan penalti sebanyak SAR10,000 bagi pelanggaran peraturan dan arahan musim haji termasuk memasuki tujuh kawasan tanpa permit haji.

MENARIK:  'Bila nak cekup menantu Muhyiddin, Jho Low?'

Menerusi infografik yang dikongsikan oleh Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi menerusi platform X, tujuh kawasan yang terlibat ialah Makkah, Wilayah Tengah, Masyair, stesen keretapi Haramain di Rusayfah, pusat kawalan keselamatan, pusat pengasingan dan pusat kawalan keselamatan sementara.

Penalti yang berkuat kuasa mulai 2 Jun hingga 20 Jun itu, akan dikenakan terhadap semua individu termasuk warga tempatan, pemastautin dan pengunjung yang ditangkap di dalam kawasan berkenaan tanpa permit sah.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular