Ramasamy cadang PN letak calon India di KKB

Shopee Sale

Bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang P Ramasamy mencadangkan Perikatan Nasional (PN) menamakan calon dari kaum India untuk pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu akan datang.

Menurut bekas pemimpin DAP itu, ini bagi membolehkan pakatan pembangkang memberi gambaran yang baik di kalangan bukan Melayu, khususnya India.

“Sebelum pilihan raya pada 11 Mei, pemimpin PN harus keluar untuk menangani beberapa keraguan orang bukan Melayu terhadap pembangkang.

"Mereka harus menekankan titik keterangkuman etnik dalam pendekatan mereka terhadap politik negara," kata presiden Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai) itu dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, memandangkan kaum India adalah kaum yang "paling kurang beruntung", PN harus menunjukkan rasa hormat dan penghargaan kepada masyarakat itu dengan mencalonkan seorang India sebagai calon.

Urimai sebelum ini mengumumkan akan menyokong PN pada pilihan raya kecil itu, sebagai cara untuk menentang kerajaan pimpinan Pakatan Harapan-BN yang "tidak berkesan".

Mengulas lanjut, Ramasamy mendakwa kerajaan Madani pimpinan PH meminggirkan masyarakat India sejak ia berkuasa.

Kerusi DUN KKB, yang kosong berikutan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong pada 21 Mac, terdiri daripada 46 peratus pengundi Melayu, diikuti Cina (31 peratus), India (18 peratus), dan lain-lain (lima peratus).

Ramasamy berkata DAP akan bergantung terutamanya kepada sokongan orang Cina, manakala PN mendapat sokongan padu daripada orang Melayu.

MENARIK:  Bank Negara kekalkan OPR tak berubah pada 3 peratus

Tegas Ramasamu, PN masih kurang sokongan daripada masyarakat bukan Melayu, dan di sinilah penamaan calon India akan menunjukkan keterangkuman gabungan itu.

“Dalam pilihan raya negeri tahun lepas, sebahagian besar pengundi India tidak berpuas hati dengan PH/DAP/PKR mengundi calon PN di Pulau Pinang, Selangor dan negeri lain.

“Pemimpin PN sedar bahawa mereka memerlukan sokongan orang bukan Melayu untuk mendapat kuasa politik negara.

"PRK KKB memberi peluang terbaik untuk PN mendekatkan diri dengan bukan Melayu, khususnya India," kata Ramasamy.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular