Ramkarpal kecam siasatan terhadap aktivis tuntut keadilan buat Beng Hock

Shopee Sale

Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP, Ramkarpal Singh mengecam siasatan terhadap aktivis yang menuntut keadilan berhubung kematian pembantu DAP Teoh Beng Hock, termasuk kakak mendiang, Teoh Lee Lan.

Lee Lan dan Pengerusi Persatuan Teoh Beng Hock Untuk Kemajuan Demokrasi (TBH-ADA) Ng Yap Hwa disiasat kerana didakwa melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya apabila menyorot perjuangan mereka semasa kempen pilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu.

Mereka berbuat demikian dengan mengedarkan risalah tertera perkataan "Mencari Perdana Menteri Anwar Ibrahim", dengan harapan untuk bertemu perdana menteri semasa dalam kempen, bagi membincangkan kes Teoh Beng Hock.

Ramkarpal berkata adalah tidak munasabah untuk menyiasat mereka kerana didakwa mempromosikan niat jahat di kalangan pengundi atau pecah keamanan, hanya dengan menganjurkan demonstrasi aman.

“Semua pilihan raya pasti akan melibatkan canvassing yang pastinya tidak menguntungkan parti yang bertanding dan pihak berkuasa harus faham bahawa ini adalah sebahagian daripada proses berkempen.

"Jika pihak berkuasa bertindak tegas terhadap mereka yang mengkritik calon atau parti yang diwakili calon semasa pilihan raya, pasti ramai yang akan ditangkap kerana kononnya menjejaskan keamanan kerana keseluruhan proses kempen adalah mengkritik parti yang bertanding untuk membolehkan pengundi membuat pilihan yang bijak," katanya dalam satu kenyataan.

Dia menambah Lee Lan dan Ng menggunakan kebebasan bersuara mengenai kes itu yang telah berlarutan sekian lama.

MENARIK:  Pemuda MCA gesa hormati hak tak berkempen untuk DAP

"Saya tidak dapat melihat bagaimana Ng dan Lee Lan berniat untuk menjejaskan keamanan dan pihak berkuasa harus berhenti menyiasat mereka untuk mengelakkan persepsi tidak bertoleransi terhadap kebebasan bersuara," katanya.

Ramkarpal mewakili keluarga mendiang dalam usaha untuk semakan kehakiman terhadap polis berhubung siasatan kematian pembantu politik muda itu pada 2009.

Kini Menteri Digital, Gobind Singh, yang juga abang Ramkarpal mewakili keluarga itu dalam inkues Beng Hock dan rayuan seterusnya kepada Mahkamah Rayuan.

[Baca laporan penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular