'Rancangan ambil alih MAHB jejas wibawa Anwar sebagai pejuang Palestin'

Shopee Sale

Rancangan pengambilalihan Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) oleh sebuah konsortium yang termasuk sebuah syarikat terkait pro-Zionis akan menjejaskan wibawa Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan kedudukan Malaysia sebagai pejuang Palestin, dakwa seorang ahli parlimen pembangkang.

Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal juga turut menolak dakwaan Anwar yang berkata pihak yang mengkritik pengambilalihan MAHB sebagai cuba melahirkan kebencian rakyat terhadap kerajaan.

"Isu yang kita bawa bukan (dengan niat) hendak menghasut seperti kata Anwar Ibrahim. Kita hendak pertahankan maruah negara kita, maruah Datuk Seri (Anwar) sendiri selaku pejuang Palestin yang terkemuka.

"Hanya kerana satu dua perkara yang dibuat oleh orang-orang yang tidak sepatutnya (mereka) buat, akhirnya nama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Malaysia akan dilihat sebagai hipokrit," katanya melalui video yang dimuat naik ke media sosial, hari ini.

Anwar bertemu pemimpin Hamas Ismail Haniyeh baru-baru ini ketika melawat Qatar.

Pada 15 Mei lalu, Gateway Development Alliance dan pemegang sahamnya mengumumkan tawaran sukarela prasyarat bagi mengambil alih semua saham dalam MAHB yang belum dimiliki konsortium itu pada harga tawaran RM11 sesaham.

Konsortium tersebut diketuai oleh dua syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) - Khazanah melalui anak syarikat milik penuh UEM Group UEM Group Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pemegang saham konsortium tersebut juga terdiri daripada usahasama antara Abu Dhabi Investment Authority (Adia) dan Global Infrastructure Partners (GIP) yang dinamakan GIP Aurea Pte Ltd.

Jika perjanjian ini diselesaikan, Khazanah dan KWSP akan menguasai 70 peratus daripada Mahb, sementara GIP Aurea akan memegang baki selebihnya 30 peratus.

Sementara GIP memiliki 83.3 peratus daripada GIP Aurea, pegangan efektifnya dalam MAHB adalah sebanyak 25 peratus, menurut The Edge.

GIP dimiliki sepenuhnya oleh BlackRock, pengurus aset terbesar di dunia, yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan Israel dan melabur secara besar-besaran dalam pengeluaran senjata yang membekalkan senjata kepada rejim zionis.

Anwar menolak laporan bahawa 25 peratus pegangan MAHB yang akan dimiliki oleh sebuah syarikat pro-zionis sebagai tidak berasas, tetapi tidak memberikan alasan mengapa hal tersebut tidak benar selain menuduh pihak pembangkang sebagai menghasut.

MENARIK:  PANDUANKINI | Perjuangan Sabah tuntut hasil cukai

Wan Ahmad Fayhsal juga mempersoalkan kenapa Anwar membatalkan keputusan yang didakwanya telah dibuat oleh bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2019 untuk menghalang Khazanah daripada menjual saham MAHB kepada Blackrock.

"Apakah ada desakan dari DAP," katanya sambil mendakwa DAP ketika masih pembangkang mendesak penjualan saham MAHB dibuka kepada syarikat swasta.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda Perikatan Nasional itu juga mempersoalkan alasan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang berkata bahawa kerajaan - melalui Khazanah dan KWSP - akan memegang lebih banyak saham dalam MAHB melalui pengambilalihan.

"Itu bukan isunya, Loke.

"Isunya kenapa kamu menjual saham kepada BlackRock, yang memiliki GIP, yang menguruskan some of the worst airports in the world (beberapa lapangan terbang terburuk di dunia)," katanya.

Dia merujuk kepada Lapangan Terbang Sydney di Australia dan Lapangan Terbang Gatwick di London yang diuruskan oleh GIP dan telah disenaraikan sebagai antara lapangan terbang terburuk di dunia.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular