Rasuah projek lebuh raya: SPRM tahan dua lagi individu

Shopee Sale

SPRM menahan reman dua lagi individu iaitu pengerusi sebuah syarikat dan pengarah syarikat subkontraktor bagi membantu siasatan kes rasuah bernilai lebih RM1 bilion membabitkan projek lebuh raya di Lembah Klang.

Perintah reman terhadap kedua-dua lelaki berusia lingkungan 40-an dan 50-an itu dikeluarkan oleh majistret Irza Zulaikha Rohanuddin yang membenarkan permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Pengerusi syarikat bergelar Datuk itu direman hingga 6 Julai manakala pengarah syarikat subkontraktor direman hingga 4 Julai.

Sumber memaklumkan kedua-dua suspek ditahan antara sembilan malam hingga 12 tengah malam tadi selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

"Mereka disyaki telah memberi rasuah lebih RM200,000 kepada pegawai-pegawai badan berkanun sebagai balasan bagi mendapat kerja projek pembinaan lebuh raya yang sebelum ini dijalankan syarikat lain.

"Mereka juga dipercayai turut memberi rasuah kepada pegawai-pegawai di sebuah syarikat konsesi lebuh raya untuk tujuan sama," katanya kepada Bernama hari ini.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim semasa dihubungi mengesahkan penahanan kedua-dua suspek dan memaklumkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16(b)(A) Akta SPRM 2009.

MENARIK:  PN dakwa Azalina kelirukan Dewan berhubung Lembaga Pengampunan

Beliau turut mengesahkan semua suspek yang ditahan berkaitan siasatan kes itu sebelum ini telah dilepaskan semalam selepas tamat tempoh reman termasuk Ketua Pegawai Eksekutif syarikat konsesi lebuh raya dengan jaminan RM150,000.

-Bernama

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular