Rayuan Jamal kes saman fitnah Teresa ditolak

Shopee Sale

Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini gagal dalam rayuannya bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkannya membayar ganti rugi RM300,000 kepada Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim kerana memfitnahnya berhubung dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas).

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai hakim Datuk Supang Lian yang bersidang bersama-sama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Wong Kian Kheong, menolak rayuan Jamal selaku perayu selepas mendapati rayuan itu tidak mempunyai merit.

Panel terbabit, yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, turut memerintahkan Jamal membayar kos RM20,000.

Jamal diwakili peguam Rejinder Singh manakala Kok diwakili peguam Jaden Phoon Wai Ken dan Rebecca Marshall.

Pada 29 Mac 2023, Mahkamah Rayuan yang berbeza membenarkan permohonan Jamal untuk menangguhkan pembayaran ganti rugi RM300,000, namun memerintahkannya mendepositkan wang berkenaan ke dalam akaun firma guaman yang mewakili Kok, sementara menunggu rayuan Jamal selesai.

Pada 26 Julai 2022, Kok berjaya memperoleh ganti rugi RM300,000 selepas memenangi kes saman fitnah terhadap Jamal atas dakwaan menyalah guna dana Yawas selepas Mahkamah Tinggi membenarkan saman dikemukakan Kok.

Pesuruhjaya Kehakiman (JC) Datuk Mohd Arief Emran Arifin turut memerintahkan Jamal membayar kos RM50,000 kepada Kok.

MENARIK:  Kerajaan kaji semula gaji minimum tahun ini - Menteri

Kok yang memfailkan saman tersebut pada 6 April 2017, mendakwa Jamal telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya berkaitan dana Yawas, ketika mengadakan sidang media pada 8 Mac 2017.

Dalam penyataan tuntutan, Kok mendakwa kenyataan berkenaan telah disiarkan oleh media cetak dan elektronik termasuk dalam laman sosial Facebook milik Jamal.

Dia mendakwa kenyataan fitnah itu antara lain memberikan gambaran bahawa dia telah menyalahgunakan dana kerajaan negeri untuk kegunaan peribadi dan merupakan seorang yang tidak beretika.

-Bernama

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular