REE haram: MB Pahang minta Nik Nazmi perbetul fakta

Shopee Sale

Kerajaan Pahang menafikan sekeras-kerasnya berlaku pengeluaran nadir bumi oksida secara haram di kawasan hutan simpan di daerah Lipis meskipun terdapat cubaan untuk melakukan aktiviti melombong bahan tersebut.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Ipoh Timur Lee Chuan How di Parlimen semalam adalah kurang tepat kerana tiada sebarang aktiviti pengeluaran nadir bumi di daerah Lipis.

Beliau berkata hasil maklumat dan intipan yang dilakukan Pasukan Elit Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) pada 20 Mac tahun lepas telah mengesan dan menjumpai satu lokasi yang cuba dijadikan kawasan lombong nadir bumi berdasarkan peralatan ditemui.

“Susulan penemuan ini, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia negeri Pahang menjalankan pemeriksaan tapak di lokasi itu pada 23 Mac 2023 (Khamis) dan hasil siasatan mendapati penemuan alatan dan barang-barang makmal yang digunakan menunjukkan kawasan tersebut adalah untuk melombong nadir bumi.

“Bagaimanapun, tiada aktiviti pengeluaran dikesan dan semua peralatan tersebut telah dirampas pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan di Kuantan hari ini.

Lanjutan kes tersebut, beliau berkata UPNP bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Penguatkuasa Perhutanan Zon Pahang Barat melakukan pemantauan berkala sejak 3 Mei tahun lepas hingga 15 Feb lepas di Pahang Barat dan mendapati tiada sebarang aktiviti perlombongan nadir bumi berlaku.

"Saya berharap fakta ini dapat diperbetulkan kerana kenyataan yang dinyatakan semalam telah menjejaskan nama baik negeri Pahang.

MENARIK:  PRK: Ng Sze Han ketuai jentera PH pertahan Kuala Kubu Baharu

“Lebih-lebih lagi kerajaan negeri Pahang sejak lima tahun lalu begitu tegas melaksanakan penguatkuasaan bagi membendung aktiviti pencerobohan tanah secara haram termasuk aktiviti perlombongan daripada berleluasa,” katanya.

Menurut Wan Rosdy, sebanyak 137 kes pencerobohan tanah kerajaan negeri berjaya diselesaikan dengan 129 kes dikenakan kompaun manakala lapan kes telah didakwa di mahkamah dan dijatuhkan hukuman sejak penubuhan UPNP pada 9 Okt 2019.

Beliau berkata kerajaan negeri juga akan terus melaksanakan aktiviti penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada lagi aktiviti penerokaan tanah secara haram berlaku di negeri ini pada masa akan datang.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular