Remaja perempuan ditahan kes buang bayi dalam tandas

Shopee Sale

Polis menahan seorang remaja perempuan susulan penemuan seorang bayi lelaki di dalam tandas sebuah kompleks beli-belah di Johor Bahru semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Balveer Singh Mahindar Singh berkata bayi yang berlumuran darah dan bersama uri dijumpai pekerja pembersihan pada jam 4.51 petang.

Katanya tindakan segera diambil oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara sebaik laporan polis diterima.

Katanya siasatan itu kemudian membawa kepada penahanan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun di sekitar Tampoi pada jam 8.40 malam hari sama.

“Polis kini sedang giat mengesan seorang lelaki tempatan untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Balveer Singh berkata bayi terbabit kini berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima pemeriksaan lanjut di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

MENARIK:  Dua pemimpin Umno angkat sumpah senator hari ini

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular