Reman selebriti disyaki miliki dadah disambung 4 hari lagi

Shopee Sale

Tempoh reman seorang selebriti tempatan yang ditahan kerana disyaki memiliki dadah jenis ganja baru-baru ini, disambung empat hari lagi sehingga Ahad.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman berkata proses sambung reman itu dibuat selepas kes berkenaan dirujuk kepada Mahkamah Majistret Sepang berikutan tempoh asal berakhir hari ini.

Katanya permohonan melibatkan lelaki berusia 41 tahun itu dibuat di hadapan majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan.

Ahad lalu selebriti terbbabit ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam satu serbuan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang.

Serbuan dibuat kira-kira jam 3.10 petang di sebuah rumah teres di Cyberjaya.

Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati itu positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC).

Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

MENARIK:  Wan Fayhsal hasrat tanding MPT Bersatu

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular