Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak diramal akan mengalami hujan dan rebut petir sepanjang hari esok, kata Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Melalui ramalan cuaca sempena Deepavali 2024, MetMalaysia memaklumkan, hujan dan ribut petir juga dijangka melanda Putrajaya dan Melaka pada sebelah pagi.
Bagi Selangor, Johor, dan Negeri Sembilan pula negeri terbabit diramal mengalami keadaan yang sama sehingga petang.
Sementara itu, cuaca di Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah serta Sarawak pagi esok diramal cerah sebelum dijangka mengalami hujan dan rebut petir pada sebelah petang sehingga malam.
Cuaca di Kuala Lumpur dan Labuan pagi esok pula diramal cerah.