Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS

Shopee Sale

Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, disokong minat belian lebih baik berikutan penyusutan Indeks Dolar AS (DXY) selepas peningkatan mata wang negara maju itu baru-baru ini.

Pada 9 pagi, ringgit menokok kepada 4.7480/7520 berbanding dolar AS daripada 4.7515/7535, semalam.

Dolar AS terus susut walaupun Laporan Awal Penggajian dan Perolehan Tenaga Kerja (JOLTS) menunjukkan peluang pekerjaan meningkat sedikit kepada 8.75 juta pada Februari daripada 8.74 juta pada bulan sebelumnya.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata tanpa mengambil kira data ekonomi AS yang positif, indeks DXY susut selepas mencatat lebihan belian.

“Dari sudut teknikal, indeks DXY kini sekitar 62.87 mata berdasarkan Indeks Pengukuhan Relatif (RSI) iaitu lebih rendah daripada 70 mata yang menandakan berlakunya lebihan belian," katanya kepada Bernama.

Sehubungan itu, beliau mengandaikan bahawa pasaran sedang menunggu data laporan gaji bukan perladangan (NFP) pada Jumaat ini untuk mendapat lebih banyak petunjuk berkaitan hala tuju kadar faedah AS.

“Jangkaan umum lebih tertumpu kepada tindakan Rizab Persekutuan AS serta tempoh bagi melaksanakan penurunan kadar faedah itu,” katanya.

Malah, Mohd Afzanizam menjangkakan perbandingan USD/MYR dalam lingkungan RM4.74 hingga RM4.75 dengan sokongan segera pada RM4.7483.

Selain itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain termasuk susut berbanding euro kepada 5.1126/1170 daripada 5.1036/1057 semalam.

MENARIK:  Bersih: Kuasa NGO halang kerajaan Selangor beri duit raya di KKB

Ringgit juga diniagakan susut berbanding yen Jepun pada 3.1328/1356 daripada 3.1326/1339 namun meningkat berbanding pound Britain kepada 5.9687/9737 daripada 5.9717/9742, sebelum ini.

Selain itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang Asean.

Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 3.5124/5158 daripada 3.5134/5151, mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 298.6/299.0 daripada 298.9/299.1 sebelum ini dan menokok berbanding baht Thailand kepada 12.9585/9744 daripada 12.9659/9771 semalam.

Unit tempatan itu tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.43/8.44 daripada 8.43/8.44, semalam.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular