Ringgit naik semula berikutan aktiviti jualan dalam dolar AS

Shopee Sale

Ringgit meningkat semula untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS selepas beberapa aktiviti jualan dalam mata wang Amerika Syarikat (AS) itu, kata penganalisis.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.7380/7415 berbanding dolar AS daripada 4.7545/7575 semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dolar AS susut berikutan Indeks Pengurus Pembelian Institut Pengurusan Bekalan (ISM) AS yang lebih rendah daripada jangkaan untuk sektor bukan pembuatan yang berada di bawah jangkaan pada 51.4 mata berbanding anggaran konsensus sebanyak 52.8 mata.

“Data terkini telah mendorong pelabur untuk menyimpan keuntungan dalam dolar AS berikutan Rizab Persekutuan (Fed) AS dijangka mengambil lebih banyak masa untuk menurunkan kadar.

“Bagaimanapun, keadaan masih kabur sama ada pembetulan dalam dolar AS akan mampan,” katanya kepada Bernama.

Semalam, Pengerusi Fed AS Jerome Powell dilaporkan mengulangi bahawa tidak ada keperluan segera untuk menurunkan kadar faedah.

Mohd Afzanizam berkata peserta pasaran akan menunggu data senarai gaji bukan ladang AS pada Jumaat untuk memberikan hala tuju bagi pasaran pertukaran asing.

Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 3.1259/1285 daripada 3.1329/1351 pada Rabu, bagaimanapun ia merosot berbanding euro kepada 5.1365/1403 daripada 5.1192/1224 semalam dan rendah berbanding pound kepada 5.9945/9989 daripada 5.9769/9807 sebelum ini.

MENARIK:  GLOBAL | Beraya awal: Kiai perjelas 'telefon' tuhan hanya istilah

Ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Ia meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.9432/9581 daripada 12.9519/9653 pada Rabu dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 297.5/297.9 daripada 298.6/298.9 sebelum ini.

Ringgit turut mengukuh berbanding peso Filipina kepada 8.40/8.42 daripada 8.42/8.43 semalam dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.5151/5180 daripada 3.5159/5183 sebelum ini.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular