Ringgit terus mengukuh, cecah paras 4.37 banding dolar AS

Shopee Sale

Ringgit meneruskan momentum peningkatannya dan mencecah paras 4.37 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Selasa.

Pengukuhan itu ketara ketika dolar AS sebaliknya terus susut menjelang ucaptama oleh Pengerusi Rizab Persekutuan AS (Fed) Jerome Powell di acara tahunan Simposium Jackson Hole, akhir minggu ini.

Pada 6 petang, ringgit mengukuh pada 4.3780/3850 berbanding dolar AS daripada 4.3805/3850 pada akhir urus niaga semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit meningkat ke paras 4.3635 berbanding dolar AS pada awal dagangan hari ini namun susut kemudiannya sekitar 4.3748.

Walaupun berlaku pembetulan itu, beliau menyifatkan kadar pertukaran semasa sebagai paparan paras terkukuh ringgit sejak Februari 2023.

“Pada masa ini, paras rintangan pada julat 4.3000. Jika momentum peningkatan semasa ini berterusan, ringgit mampu mencecah paras itu (semula). Tumpuan utama adalah Simposium Jackson Hole yang dijangka menyaksikan Powell memberi bayangan mengenai tindakan dasar Fed seterusnya.

“Malah, kemungkinan pengurangan kadar faedah utama AS pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) September ini, juga semakin ketara dengan pasaran mengunjurkan penurunan sehingga 25 mata asas bagi Kadar Dana Persekutuan," katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama, kecuali yen Jepun yang menyaksikannya mengukuh sedikit pada 2.9917/9967 daripada 2.9946/9979.

MENARIK:  Perantau Kelantan disaran pulang beraya guna jalan Gua Musang-Jeli

Ringgit bagaimanapun susut berbanding euro kepada 4.8491/8568 daripada 4.8339/8388 dan turun berbanding pound Britain pada 5.6927/7018 daripada 5.6784/6843, sebelum ini.

Berbanding mata wang ASEAN, ringgit bagaimanapun diniagakan lebih rendah.

Ini termasuk susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3466/3522 daripada 3.3424/3461 semalam dan rendah berbanding peso Filipina pada 7.74/7.75 daripada 7.73/7.74.

Nilai ringgit juga rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 283.5/284.2 daripada 281.6/282.1 dan turun berbanding baht Thailand kepada 12.7982/8254 daripada 12.7126/7308, sebelum ini.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular